“Berapa Umur Mak?,” – Beri Dedikasi Sejurus Genggam Ijazah, Kecantikan Ibu Nadiyah Shahab Pula Undang Perhatian

Selepas berkongsi berita gembira berjaya menggengam segulung ijazah selepas kira-kira tujuh tahun menuntut ilmu baru-baru ini, perkongsian terkini di Instagram pelakon dan ushawan, Nadiyah Shahab sekali lagi ‘memancing’ mata netizen apabila figura si ibu pula yang diperkatakan.

Masakan tidak, keduanya dilihat menawan dan ada di antara peminat yang tidak menyangka wanita yang dipeluk isteri kepada Ben Ali itu merupakan ibu tercintanya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

This one’s for my mama bear whom I did this for. The most patient woman I know who supported her daughter through all the different interests she had. One day I was acting and the next day I was selling cakes 🤣🤣🤣 And she had to be understanding and supportive despite being so exasperated, wondering when I was gonna complete my studies. Thank you Ma ❤️ So here’s to strong women! May we know them, may we be them, may we raise them 🌟❤️

A post shared by Nadiyah Shahab (@nadiyah.shahab) on

Ramai memuji keduanya dan ada yang menyifatkan si ibu yang kekal awet muda meski usianya sudah mencecah 54 tahun kelihatan seperti kakak kepada Nadiyah.

Sehingga kini, ratusan komen telah ditinggalkan menerusi entri berkenaan dan ada di antaranya turut dibalas pelakon Asalkan Kau Bahagia itu.

Terdahulu mengimbas sukses yang dilakarkan, Nadiyah berjaya memperolehi Ijazah Perundangan dari University of London dan majlis graduasi telah pun selesai minggu lalu.

Nadiyah yang pernah digelar sebagai ‘Barbie Doll Malaysia’ atas rupa fizikalnya mendirikan rumah tangga bersama Ben Ali pada November 2018.

Foto: Instagram Nadiyah Shahab

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: MH

Apa komen anda?

Be the first to comment on "“Berapa Umur Mak?,” – Beri Dedikasi Sejurus Genggam Ijazah, Kecantikan Ibu Nadiyah Shahab Pula Undang Perhatian"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*