“Dia budak Iban dan baru umur 7 tahun” – Adik Isabelle Dikec4m Sebab Fasih Bahasa Inggeris Tapi Tak Pandai Berbahasa Melayu?

Baru-baru ni, seorang budak berusia 7 tahun bernama Isabelle jadi v1ral di media sosial selepas videonya menyanyi dan menari lagu Mengantuknya Mumia dari animasi Didi & Friends mendapat perhatian ramai.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Comel gile weh budak ni. 😍😍😍 Anak sapa lah ni?? Credit: @faxriena

A post shared by Hot FM (@hotfm976) on

Gelagat comel budak darjah satu ni diminati ramai sampaikan dijemput ke program Meletop bersama hos Nabil dan Sherry tau! Dapatlah Isabelle bertemu dengan pencipta lagu Mengantuknya Mumia ni sekali

Korang tengok kat bawah ni. Cute sangat aih budak ni. 

“Sedihnya ramai generasi pelapis yang dah tak tahu berbahasa Malaysia” 

Walau bagaimanapun, penampilan adik Isabelle di dalam program Meletop tu mendapat sedikit kec4man daripada netizen yang kec3wa apabila anak kecil ini tak pandai atau tak fasih berbahasa Malaysia. 

Sepanjang rancangan tu berlangsung, Isabelle hanya berbahasa Inggeris dan bila ditanya Sherry sama dia bercakap Bahasa Sarawak atau tak, Isabelle tak faham akan pertanyaan tersebut

 

“Kenapa kita tak hargai bakatnya je? Dia boleh cakap English dan itu perkara baik” 

Susulan daripada timbulnya komen-komen tersebut, seorang pengguna Facebook telah memuat naik status tidak puas hati akan kec4man yang diterima Isabelle.

Baginya, Isabelle baru saja berusia 7 tahun dan dia berbangsa Iban. Jadi wajarlah dia tak berapa nak tahu Bahasa Malaysia sebab masih lagi budak-budak. 

Lagipula, kita patut berbangga yang Isabelle ni kecil lagi tapi dah petah berkata-kata. Dalam English pulak tu!

“Kami belajar Bahasa Melayu di sekolah saja ok. Di rumah sejak lahir guna bahasa ibunda atau English” 

Malah menurut netizen, bagi mereka yang tak familiar dengan orang Sarawak, bahasa pengantar bagi orang Sarawak semasa di rumah ialah bahasa ibunda mereka dan English.

Bahasa Malaysia hanya mula dipelajari di sekolah dan ini tak bermakna mereka tak fasih cakap BM tau. Bagi kes adik Isabelle ni, memandangkan dia baru Darjah 1, jadi wajarlah dia tak pandai sangat BM. Nanti dah dua tiga tahun kat sekolah tu pandailah dia cakap BM.

Apa-apapun bagi admin, tak eloklah kita berb4lah bab adik Isabelle ni. Lagipun dia masih kecil lagi, biarlah dia happy dengan cara dia. Kita pun enjoy tengok video-video comel dia. Takkan dengan budak kecil pun korang nak kec4m-kec4m kan? 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: LOBAK MERAH

Apa komen anda?

Be the first to comment on "“Dia budak Iban dan baru umur 7 tahun” – Adik Isabelle Dikec4m Sebab Fasih Bahasa Inggeris Tapi Tak Pandai Berbahasa Melayu?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*