Ibu Puteri Balqis tolak bantuan

IBU kepada pelakon cilik, Puteri Balqis Azizi iaitu Norashikin Mohd Aziz menolak untuk menerima bantuan rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang ingin diusahakan Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) melalui projek Perumahan Seni Harapan.

Norashikin ketika dihubungi Harian Metro berkata, dia berat hati untuk menerima bantuan itu kerana berasakan ramai lagi yang layak diberikan bantuan.

“Saya berterima kasih atas usaha yang cuba dibuat Seniman. Sebenarnya saya berat hati nak terima. Jadi, saya menolaknya. Bagi saya, ramai lagi lebih layak untuk terima. Sampai bila orang nak bantu kami? Sampai satu tahap nanti orang pun akan bosan nak bantu.

“Dalam masa sama, saya tidak mahu terhutang budi dengan sesiapa. Bayangkan kalau suatu hari nanti ada pihak pertikai dan ungkit semua yang dibantu. Saya t4kut semua itu berlaku. Jadi, lebih baik saya berusaha sendiri.

“Insya-Allah, dengan kudrat yang masih ada dengan menjual buku, saya dan Aqish (Balqis) masih boleh hidup bersama dan jalani kehidupan seadanya,” katanya.

Selain itu, Norashikin turut menolak bantuan daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS) yang mahu membayar sewa bulanan rumah mereka.

“Pihak LZS nak bantu untuk bayar sewa bulanan rumah, tapi saya tolak. Tapi, mereka nak juga beri bantuan RM300 sebulan. Ini pun masih dalam proses. Ia buat saya serba salah.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

SPECIAL EDITION #PlannerAnaXPuteriBalqis Ape yang best dengan keluaran Special Edition ni 😍 1. Buku Planner 2020 mengandungi 12 quotes khas yang memberi motivasi dan inspirasi dari @rockingbalqis setiap bulan from January till December. You are gonna love it 💕 2. Buku #38poemsofputeribalqis yang berkisar kan kisah hidup suka dan duka aqish sebelum beliau memasuki industri hiburan dan sehingga sekarang. 3. Table Calendar 2020. Dilengkapi dengan Public Holiday Malaysia, Brunei & Singapura 4. Selain itu kami sertakan beberapa free gift lain, seperti bookmark yang mengandungi tandatangan aqish, buku planner Ramadan dan beberapa Free Gift menarik lain. GRAB SEKARANG SEBELUM KEHABISAN STOK !! LIMITED STOK. Whatsapp Kak Lola sekarang : 016-4420164 @planner.ana.official

A post shared by PUTERI BALQIS (@rockingbalqis) on

“Saya merasakan ramai lagi orang susah daripada kami. Saya sudah biasa bekerja, jadi saya tetap akan berusaha. Saya tidak mahu apabila terus dibantu membuatkan saya jadi mal4s,” katanya.

Terdahulu, Seniman menerusi Presidennya, Zed Zaidi memaklumkan mereka kini dalam perbincangan dengan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Filem Nasional Malaysia (Finas), Ahmad Idham Nadzri untuk mencari jalan penyelesaian terbaik bagi membantu keluarga Puteri Balqis melalui projek Perumahan Seni Harapan.

Norashikin berkata, dia masih meneruskan aktiviti menjual buku puisi 38 Poems of Puteri Balqis selain sibuk membuat penghantaran secara kiriman pos dan ‘cash on delivery’ (COD).

Norashikin juga meminta maaf kepada semua kerana tidak dapat menjawab panggilan telefon dan mesej yang dihantar.

“Saya buat kerja seorang diri. Setiap hari saya perlu uruskan penghantaran buku. Kalau ada yang nak COD, saya kena pergi hantar pula.

“Memang ada banyak panggilan dan mesej masuk. Saya minta maaf kalau tidak sempat nak balas satu persatu. Saya perlu selesaikan dulu urusan buku ini. Saya takut jika terlepas pandang bagi yang sudah buat pembayaran.

“Saya pernah tidak tidur dua hari sebab nak periksa satu persatu mesej orang yang beli buku. Begitu juga kalau ada yang memberi sumbangan, saya tetap nak kirim buku pada mereka,” katanya.

Mengenai buku yang dijual, Norashikin berkata, dia perlu menghabiskan dulu 1,000 naskhah yang sudah dicetak.

“Sebagai permulaan kami mencetak sebanyak 1,000 naskhah. Nak jual 30 pun susah, inikan pula 100. Tapi, selepas kisah Aqish keluar di Harian Metro dan program Bersamamu, ramai yang buat pesanan nak beli. Insya-Allah, kalau sudah habis kami akan keluarkan edisi Bahasa Melayu pula sebab ramai yang tunggu dan bertanya,” katanya.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: HM

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Ibu Puteri Balqis tolak bantuan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*