“Hahaha Jambu Weyh Dak Hanan Ni…” – Kamal Adli Kongsi Foto 12 Tahun Lepas, Wajah Suci Muda Remaja Sangat!

Beberapa hari lalu, Kamal Adli ada berkongsi beberapa keping foto lamanya menerusi media sosial. Sekadar mengimbas memori, namun perkongsian yang dibuat Hero Remaja itu nyata mengundang hibur dan nostalgia para peminat.

Difahamkan, dua foto lama yang dimuat naiknya itu adalah antara penggambaran fotografi terawal buat bintang Selepas Terlafaznya Akad itu yang pernah berjinak-jinak dalam dunia peragaan sebelum fokus berlakon sejurus menjuarai Hero Remaja.

“Eyh sucinyaaaaa!!! tahun 2007 ni.. ahahahah… alhamdulillah smpi sekarang masih suci 😁 time ni mula2 buat fotoshoot.. pakai makeup tebal.. now x pakai makeup terus.. heheheh.. sbb nk jadi macho.. org macho x pki makeup,” tulisnya.

“Okay nah satu lagi.. time ni baru2 masuk majalah @majalahremaja .. bru2 belajar posing.. tu yg terkangkang tu.. belt tu nk pegi mana tu? rantai tu takut kencing malam.. ahahah,” kata Kamal menerusi foto lama lain yang dimuat naik.

Lalu menerusi ruangan komen di Facebook, rata-rata peminat meninggalkan komen humor yang menghiburkan!

Muka suci, perangai pun suci msa ni…

Hahaha so hanak hikan…

Betol ke ni kamal adli hahaa

Blh pulak ko shading…

Selain Kamal Ali yang bergelar juara, Pencarian Hero Remaja 2007/08 lalu turut menempatkan Fizo Omar sebagai pemenang tempat kedua.

Sementara antara finalis lain edisi sama yang turut terjun dalam dunia seni ialah Ammar Alfian, Idris Khan, Jaslin Puasa dan ramai lagi.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Ig KamalAdli via MH

Apa komen anda?

Be the first to comment on "“Hahaha Jambu Weyh Dak Hanan Ni…” – Kamal Adli Kongsi Foto 12 Tahun Lepas, Wajah Suci Muda Remaja Sangat!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*