Minum Dengan Perlahan, Kalau Rasa Nak Muntah Jangan Tahan, Mungkin Itu Sihir. Air Kelapa Muda Berkesan Matikan ”Racun” Dalam Badan

Anda mungkin pernah mendengar perkataan sihir atau santau. Mangsa yang mengalaminya akan ”dibinasakan” dengan perlahan-lahan supaya dia menderita atau lebih dasyat berakhir dengan kematian dalam jangka masa tertentu. Ngeri, namun selagi ada usaha kita boleh merawatnya. Paling penting jangan mempercayai perkara kurafat yang boleh memesongkan akidah sebagai seorang Islam.

Perkongsian oleh Pusat Rawatan As-Syifa An-Nur yang mendapat hampir 60 ribu share di facebook boleh dijadikan panduan untuk anda. Masih ramai yang belum tahu, air kelapa muda yang diminum dengan mengikut cara atau kaedah yang betul, dapat mematikan atau memuntahkan ”racun” dalam badan. Sebaiknya diamalkan 3 kali seminggu, tidak salah berikhtiar, dengan izin-Nya kita akan diberikan kesihatan yang lebih baik.

Jom kita ikuti perkongsian seperti di bawah ini. Semoga dapat memberi kebaikan untuk semua.

Bagus minum air kelapa ni untuk mematikan/memuntahkan racun/bisa-bisa santau/sihir yang ada didalam tubuh badan. Caranya seperti berikut.

Pastikan air kelapa muda. Jangan letak gula atau air batu (ori). Sebelum minum baca Ayat seperti berikut :

1. Al-Fatihah 1x.

2. Surah Toha Ayat 69 7x.

3. Berdoa contoh ( Ya Allah Jadikan Air kelapa ni sebagai penawar bagi segala penyakit dan racun bagi segala ganggun jin dan syaitan yang ada ditubuh badan ku ini).

4. Minum dengan pelan-pelan, sekiranya ketika minum anda terasa mual dan hendak muntah. Jangan di tahan muntah tersebut. Muntah sahaja (mungkin yang keluar itu adalah racun/bisa-bisa santau/sihir yang ada didalam badan anda.

5. Amalkan minum air kelapa ni, seminggu 3 kali. Insya Allah.

Surah Toha Ayat 69:

وَأَلْقِ مَا فِي يَمِينِكَ تَلْقَفْ مَا صَنَعُوا إِنَّمَا صَنَعُوا كَيْدُ سَاحِرٍ وَلَا يُفْلِحُ السَّاحِرُ حَيْثُ أَتَى

Terjemahan:

“Dan campakkanlah apa yang ada di tangan kananmu, nescaya ia menelan segala (benda-benda sihir) yang mereka lakukan, kerana sesungguhnya apa yang mereka lakukan itu hanyalah tipu daya ahli sihir; sedang ahli sihir itu tidak akan beroleh kejayaan, di mana sahaja ia berada”.

Sumber: Pusat Rawatan As-Syifa An-Nur.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Minum Dengan Perlahan, Kalau Rasa Nak Muntah Jangan Tahan, Mungkin Itu Sihir. Air Kelapa Muda Berkesan Matikan ”Racun” Dalam Badan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*