Nak tunjuk 10 years challenge, tapi orang di sebelah pula jadi tumpuan – “Takkan nak tayang body pula”

LAIN yang hendak ditunjuk, lain pula yang menjadi perhatian. Itulah yang dialami seorang pemuda menerusi satu perkongsian di laman Twitter.

Pada asalnya mahu menyahut cabaran media sosial 10 years challenge yang menunjukkan perbezaan dirinya selama satu dekad, tetapi telah disalahertikan.

“Siapa perempuan? Siapa lelaki sebenarnya ni?” soal seorang netizen.

Perkongsian 10 years challenge yang dibuat Aidiq menimbulkan tanda tanya netizen.

“Aku siap zoom lagi muka perempuan tu sebab nak bandingkan sebelum dan selepas sedekad, ingatkan orang sama,” komen yang lain.

Kekeliruan itu gra-gara pemuda tersebut memuat naik gambar ‘sebelum’ bersama seorang gadis berbaju merah, manakala gambar ‘selepas’ dengan seorang lelaki berbadan fit yang juga berbaju merah.

Pemuda berkenaan, Muhammad Aidiq Sufi Muhammad Ridhwan Pang berkata, dia sebenarnya mahu menunjukkan perubahan pada badannya selama beberapa tahun.

Pertikaian netizen mengenai perkongsian Aidiq.

Bagaimanapun dia yang berusia 25 tahun itu mengakui kedua-dua gambar tersebut bukanlah perbezaan 10 tahun, sebaliknya hanya kira-kira dua tahun.

“Gambar sebelum tu masa berat badan saya 49 kilogram (kg) dan gambar selepas tu 58kg. Ada peningkatan berat badan tapi mungkin tak nampak perbezaan.

“Saya pula tak perasan baju merah yang dipakai rakan perempuan dan seorang model lelaki pada kedua-dua gambar pula menjadi perhatian netizen,” katanya kepada mStar.

(kiri) Aidiq semasa 2013 dan (kanan) pada 2015.

Sehubungan itu, Aidiq yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan itu menegaskan, lelaki dan gadis berbaju merah dalam kedua-dua gambar itu adalah individu yang berbeza.

“Model lelaki dan perempuan tu tak ada kaitan pun. Tapi bila saya tengok balik, betul lah apa yang netizen cakap, saya memang tak nampak beza pun.

“Jangankan kata naik hampir 10kg, sekarang berat saya dah 68kg pun mungkin tak nampak beza yang ketara,” ujar eksekutif yang bekerja di Kuala Lumpur itu.

 

Model lelaki dan perempuan tu tak ada kaitan pun. Tapi bila saya tengok balik, betul lah apa yang netizen cakap, saya memang tak nampak beza pun

AIDIQ

Mengenai penambahan berat badan, Aidiq berkata, ia disebabkan corak pemakanannya berubah selepas bertukar kerja baharu.

“Lebih-lebih lagi bila saya sekarang dah kena kerja syif. Jadi, selalu balik kerja lewat malam dan pilihannya menu ketika itu adalah mi segera.

“Bukan setakat selalu makan mi segera, juga makan lewat sebelum tidur. Bila orang lain nak tidur atau dah tidur pun, saya pula baru nak makan,” katanya.

Penampilan Aidiq yang terkini.

Anak ketiga daripada lima beradik itu kemudian mengambil pendekatan bersenam terlebih dahulu sebelum tidur bagi menghilang rasa bersalah kerana lewat makan.

“Sudahlah makan lewat malam, makanan tak sihat pula tu. Kalau terus tidur nanti jadi lemak pula. Jadi, saya buat senaman push up (tekan tubi) sebelum tidur.

“Saya buat 100 push up hampir setiap hari. Jadi senaman yang keluar peluh tu yang mungkin saya tak nampak gemuk, tapi dada je semakin terbentuk.

“Tapi takkan lah nak tunjuk perbezaan tu dengan tayang body pula kan. Apapun, macam mana makan sekalipun, senaman jangan lupa buat,” ujar Aidiq.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber  : MSTAR

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Nak tunjuk 10 years challenge, tapi orang di sebelah pula jadi tumpuan – “Takkan nak tayang body pula”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*