Neelofa Tampil Bersuara Apabila Dikatakan Campur Urusan Kakak Dan Sharnaaz

Perkahwinan memerlukan usaha kedua-dua belah pihak: iaitu suami dan isteri. Dan perkahwinan bukan melalui detik bahagia saja. Ada pasang surutnya. Kadang-kadang, anda boleh agak ada sesuatu yang kena, tapi anda sengaja menafikan kata hati.

Tapi, kalau salah satu daripada pasangan mula merasa ada “sesuatu yang tak kena“, mungkin memang ada masalah yang boleh tercetus dalam perkahwinan itu.

Pengacara dan pelakon Neelofa berpendapat adalah tidak adil sekiranya dia dituduh sering mencampuri urusan rumah tangga kakaknya, Noor Nabila dan Sharnaaz Ahmad.

Menurut Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, 30, sebagai adik kepada wanita itu, dia juga yakin ahli keluarga Sharnaaz Ahmad turut melakukan perkara sama iaitu meluahkan sokongan di media sosial.

“Saya rasa tak adil jika nak tuduh keluarga saya masuk campur dalam urusan Nabila kerana dia adalah kakak saya dan anak kepada ibu saya. Saya pasti keluarga dia (Sharnaaz) juga bersuara di media sosial dan buat benda yang sama.

Jadi tak adil untuk menuding jari kepada sebelah pihak kerana kami dua-dua sama. Menyokong dan bersuara. Jadi sama saja,” ujarnya kepada mStar.

Saya sebagai adik dan juga housemate kakak, tentunya saya rasa ia agak berlarutan yang terpaksa ditanggungnya.

“Saya kesiankan dia kerana perkara ini dipanjangkan. Sepatutnya boleh diselesaikan dengan mudah dan singkat tapi atas sebab-sebab tertentu benda ini dipanjangkan dan dirumitkan.

“Namun untuk kakak saya, proses sebegini membuatkan dia lebih matang dan percayalah, lebih banyak yang perlu ditempuhinya dalam masa beberapa bulan sebelum perbicaraan kes itu berlangsung,” katanya.

Neelofa ditemui ketika sidang media majlis pelancaran kasut khas Neelofa oleh Giuseppe Zanotti di Pavillion pada Khamis. Dalam pada itu, Neelofa turut meluahkan rasa simpati terhadap perkahwinan kakaknya itu.

Neelofa juga kesal dengan tindakan Sharnaaz Ahmad yang memilih untuk memanjangkan persengketaan apabila enggan melepaskan Nabila dengan cara mudah.

Selain itu, Neelofa turut menasihati Noor Nabila untuk lebih berhati-hati terutamanya dalam membuat keputusan berkaitan perkahwinan.

Saya harap dia akan lebih bersedia dalam membuat sebarang keputusan selepas ini terutamanya jika dia mempertimbangkan untuk berkahwin lagi.

“Kami sekeluarga sememangnya sangat supportive. Bukan hanya saya tetapi juga ahli keluarga, sepupu malah kawan-kawan yang sentiasa ada untuknya.

“Apa yang saya boleh katakan ketika ini, Nabila gembira, dia sudah memulakan kehidupan yang baru dan kami semua sayangkan Jebat,” katanya.

Pada 11 September lalu, Sharnaaz bertukar fikiran dan enggan menceraikan isterinya, Noor Nabila kerana ingin menyelamatkan rumah tangga yang dibina sejak dua tahun lalu.

Susulan itu, mahkamah memerintahkan satu JKP dibentuk selepas Sharnaaz enggan menceraikan isterinya kerana ingin menyelamatkan rumah tangga yang mereka bina sejak dua tahun lalu. Pasangan terbabit mendirikan rumah tangga dalam sebuah majlis pada 31 Mac 2017. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang diberi nama Jebat Jayden, Ogos tahun lalu.

Anda mengetahui masalah atau kejayaan pasangan daripada orang lain? Bukannya dari mulut pasangan sendiri? Itu satu lagi tanda amaran yang rumah tangga anda mungkin ada masalah. Apabila suami isteri tak lagi berkongsi rahsia atau bercakap perkara yang penting, mereka akan semakin renggang.Malah sepatutnya suami isteri kena tahu hal peribadi masing-masing terlebih dahulu daripada orang lain.

Memang setiap rumah tangga ada cabaran dan pancarobanya. Namun, suami isteri harus kuat untuk menghadapi halangan ini dengan kerjasama kedua-dua pihak.

KreditSumber:MstarOnline

Apa komen anda?