“Jika mulakan prosedur IVF saya kena rehat panjang” – Siti Nurhaliza rancang anak kedua

PENYANYI Datuk Seri Siti Nurhaliza yang merancang untuk memiliki cahaya mata kedua tahun ini meluahkan hasratnya untuk menimang anak lelaki.

Siti, 41, berkata, dia sudah beberapa kali mendapatkan nasihat doktor bagi proses rawatan kesuburan, In Vitro F3rtilisation (IVF), sama seperti yang dilakukannya sebelum ini.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Majlis resepsi #hafizxnuna malam semalam .. Terima kasih @rizmanruzaini untuk baju kurung moden cantik ni..

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on

“Saya pun bukan semakin muda… makin meningkat usia dan sekarang pun saya dah 41 tahun, saya target untuk dapatkan seorang lagi anak sebelum usia 43.

“Sekarang ini saya tetap menjalani apa yang doktor sarankan dan saya akan mengikut prosedur yang sama seperti sebelum ini kerana masih ada embry0 yang masih disimpan.

Siti meluahkan hasrat untuk memiliki anak lelaki.

“Kalau boleh nak sepasanglah… sekarang dah ada perempuan, lepas ni nak lelaki pula. Apapun saya serahkan pada Allah. Sekiranya Dia izinkan, saya terima saja.

“Insyallah, ini semua rezeki dari Allah. Kalau jadi ia akan lekat. Walau apapun, saya serahkan pada Allah. Kalau Dia kata ada rezeki lagi, saya bersyukur… tapi kalau tiada rezeki pun tidak mengapa kerana Aafiyah adalah doa saya sebelum ini yang lama saya tunggu,” ujarnya kepada mStar.

Tambah Siti lagi, dia juga berkemungkinan akan berehat panjang sekiranya dinasihatkan oleh doktor sebagai memenuhi tuntutan bagi menjalani proses berkenaan.

“Apapun saya kena fikirkan soal kesihatan saya juga. Kalau saya dah mulakan prosedur itu, memang saya kena berehat. Sekarang ini saya ada beberapa kali cuba berjumpa dengan doktor kerana ia ada beberapa peringkat.

“Selagi saya boleh aktif, saya akan teruskan tapi kalau dah sampai masa untuk saya kena berehat, saya akan berehat.

 

Selagi saya boleh aktif, saya akan teruskan tapi kalau dah sampai masa untuk saya kena berehat, saya akan berehat.

DATUK SERI SITI NURHALIZA

PENYANYI

“Memandangkan saya ada dua rancangan iaitu untuk kerjaya dan keluarga, saya memilih untuk membiarkan saja mana yang jalan dahulu,” ujarnya.

Siti sebelum ini pernah mengalami kegvguran pada November 2015.

Dia kemudiannya berkongsi berita kehamilan pada tahun 2017, iaitu selepas 11 tahun berkahwin dengan ahli perniagaan, Datuk Sri Khalid Mohamad Jiwa, 61, atau dikenali sebagai Datuk K.

Hasil perkongsian hidup pasangan ini dikurniakan seorang anak perempuan bernama Siti Aafiyah yang kini berusia dua tahun.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber:Mstar

Apa komen anda?

Be the first to comment on "“Jika mulakan prosedur IVF saya kena rehat panjang” – Siti Nurhaliza rancang anak kedua"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*