Solat Subuh berjemaah di Masjid dapat RM5

Bagi memupuk masyarakat terutamanya golongan anak muda untuk datang ke masjid pada waktu subuh, Masjid Saidina Umar Al-Khattab yang terletak di Bukti Damansara membuat satu kelainan yang menarik.

Ini kerana, Naqib masjid, Mohammad Akmal Abdul Aziz mengambil inisiatif dengan memberikan wang saku kepada golongan anak muda yang hadir ke masjid pada waktu subuh.

Idea itu tercetus ketika Ahli Jawatankuasa (AJK) masjid sedang mengadakan mesyuarat baru-baru ini dan program itu dijalankan pada 7 Oktober yang lalu.

RM3 diberikan untuk pelajar sekolah rendah manakala untuk pelajar sekolah menengah pula adalah sebanyak RM5.

Usaha berkenaan membuahkan hasil apabila jumlah kehadiran jemaah semakin meningkat selepas seminggu program ini berjalan.

Menurut pentadbir masjid itu, sumber kewangan tersebut adalah daripada hasil sumbangan kariah dan korporat. Mereka juga mengalu-alukan sumbangan daripada masyarakat untuk terus melaksanakan program ini.

Matlamatnya hanya untuk memberikan wang saku kepada golongan anak muda, malah bertujuan untuk meningkatkan budaya supaya masyarakat dapat mengunjungi masjid terutamanya pada waktu subuh dan melaksanakan pelbagai aktiviti yang menarik.

Sumber: Sinar Harian

Apa komen anda?