Bila Cuti Ustaz Ebit Tolong ‘Bidadari’ Dobi Baju, Kesiankan Isteri Netizen Bahagia Tengok

Nama yang tidak asing lagi, Ustaz Ebit Lew menjadi salah seorang pendakwah disukai ramai dengan caranya mendekati orang ramai malah golongan selebriti sekalipun.

Namun, apa yang menjadi perhatian juga apabila Ustaz Ebit berkongsikan kisah dia membantu bidadari iaitu isterinya dobi baju gara-gara mesin basuhnya rosak.

Rupanya leh tahan penatnya nak angkat bakul-bakul ni semua…

Meluahkan rasa kesian apabila isterinya yang perlu pergi dobi malah menjaga anak-anak lagi membuatkan dia juga memuji kekuatan bidadarinya dan semua wanita diluar sana.

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Cuti hari ni, tolong bidadari dobi baju. Mesin basuh dekat rumah rosak repair. Cian bidadari saya kena pergi dobi😭😭. Dengan anak-anak lagi. Ya Allah. Rupanya leh tahan penatnya nak angkat bakul-bakul ni semua. Berdosanya saya. Kuatnya bidadari saya dan semua wanita diluar sana. Ramai juga di dobi. Ada yang bawa baby dan anak kecil risau tengok . Mana nak angkat bakul. Mana nak pegang anak. Allahu. Saya tolong seorang kakak tu bakul dia jatuh. Masukkan baju dia. Ya Allah ampunkanlah diriku ini. Bahagia dapat bantu bidadari. Bertambah jatuh cinta pada bidadariku. Ini semua kerja abang. Bidadari sayang abang tolong buat semua. Terima kaseh bidadariku. . Kena 4 bakul nak angkat. Lipat duduk bawah camni sakit juga pinggang. Dan kena seninya. Nak susun ikut almari. Mana baju ayah mak. Mana baju anak no 1. No 2 . No 3. No 4. Ya Allah. Lenguh rasa . Ya Allah berilah bidadariku sentiasa sihat,cantik, kuat dan bahagia sentiasa. Berilah syurga Firdaus buat dirinya. I love u bidadariku. Berat kerja ni semua. Semoga Allah rahmati semua wanita, isteri dan ibu didunia ini. Ya Allah mudahkan nak beli mesin basuh hadiah buat bidadariku😭-ebitlew #subscribeYoutubeEbitlew #www.keluargasunnah.com #tourOktober2019

Siaran dikongsi oleh Ebit Lew (@ebitlew) pada

Dia juga berkongsi kisah melihat ramai orang berada di dobi malah ada yang membawa baby dan anak kecil sehingga dia merasa risau melihatnya.

Saya tolong seorang kakak tu bakul dia jatuh…

Mana taknya, kena angkat bakul yang dia juga merasa berat sambil perlu memegang anak. Melihat kepayahan itu, dia berdoa untuk diampunkan dan merasa bahagia kerana dapat membantu isterinya.

Rata-rata netizen pula turut merasa syukur dan memuji Ustaz Ebit yang menolong isterinya.

Alhamdulillah, walau bukan saya…

Baiknya Ustaz…

 

Sumber: Ebit Lew via HCL

Apa komen anda?