Pemuda ini mengaku gagap baca Al-Quran. Sekali Dr Zulkifli reply komen buat ramai tersentuh

SHAH ALAM – “Saya sed1h saya dah lama tak baca Quran, lepas Maghrib tadi saya baca tapi saya tergag4p-g4gap, saya baca tak lancar, saya tak boleh nk baca, saya paksa mengeja dan membaca, lidah kaku ker4s. saya menangis.”

Itu luahan seorang pemuda dikenali Hanif kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri di Twitter rasminya.

Dr Zulkifli yang tersentuh hati membaca luahan pemuda itu memberi kata-kata semangat.

“Bacalah walaupun tidak lancar. Kata Nabi Muhammad SAW, ada dua pahala bagi yang usaha baca walaupun gagap,” ciapnya.

Luahan pemuda itu juga menarik perhatian netizen yang rata-rata memberi sokongan kepadanya agar tidak mudah berputus asa dalam mempelajari al-Quran.

Antara yang memberi sokongan dan membuat pengakuan ikhlas berhubung perkongsian itu ialah Muhamad Fitri.

“Saya umur 22 tahun baru nak lancar bro. Dulu mengaji Quran tak habis. Lepas itu tinggal lama, hingga tok wan men1ngg4l. Saya nak baca Yassin pun gagap.

“Semenjak hari itu, saya ikhtiar tebal muka pergi belajar walaupun sekali dengan budak-budak. Sekarang ni saya tengah nak bagi mantap makhraj huruf dengan tjwid,” katanya.

Sokongan juga diberikan daripada Mariana yang berharap semua Muslim terus mendalami, al-Quran.

“Alhamdulillah #ALLAH dah buka pintu hati untuk mendalami bacaan Quran teruskan Insya-ALLAH, ALLAH akan bantu teruskan usaha minta doa pada ALLAH #jiwa akan lebih tenang,” ciapnya.

Shida Ahmad pula berkata, “Teruskan membaca. Lama-lama nanti, lidah jadi lembut. Sambil tu, daftar untuk belajar mengaji contoh, di Al-Baghdadi ke, atau mana-mana kelas mengaji yang dekat dengan tempat tinggal. Ramai orang dewasa, lelaki, perempuan belajar mengaji kat tempat macam tu. Tak perlu malu.”

Al-Quran adalah bahan bacaan sepanjang zaman bagi umat Islam, kemukjizatan Al-Quran tidak dapat disangkal lagi. Walau bagaimanapun, mungkin anda tidak tahu 10 kelebihan membaca Al-Quran yang direkodkan dalam hadith.

Al-Quran adalah petunjuk dan cahaya kepada manusia untuk kembali kepada jalan kebenaran. Allah s.w.t berfirman di dalam Al-Quran:

“Dengan Al-Quran itu Allah menunjukkan jalan-jalan keselamatan serta kesejahteraan kepada sesiapa yang mengikut keredaan-Nya, dan dengannya Tuhan keluarkan mereka dari gel4p-gelita (kvfur) kepada cahaya (iman) yang terang-benderang, dengan izin-Nya; dan dengannya juga Tuhan menunjukkan mereka ke jalan yang lurus”. (Surah Al-Maidah, ayat 16)

Kelebihan Al-Quran yang paling besar untuk sekalian makhluk ia tidak akan hilang dan berubah sehingga akhir zaman. Tidak seperti kitab-kitab lain yang telah diubah oleh tangan-tangan yang tidak bertanggungjawab. Seperti kitab Zabur, Taurat dan Injil yang diturunkan untuk Nabi-nabi terdahulu.

Allah s.w.t. berfirman di dalam Al-Quran yang bermaksud:

“Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran, dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya”. (Surah Al-Hijr, ayat 9)

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : M.B

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Pemuda ini mengaku gagap baca Al-Quran. Sekali Dr Zulkifli reply komen buat ramai tersentuh"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*