Ustaz Ebit Lew sekali lagi berkongsi kisah sebuah keluarga kecil di Pasir Mas, Kelantan.
Keluarga ini telah menetap di dalam sebuah rumah usang hampir 20 tahun.
Tempat tinggal mereka tidak ada tandas. Lebih memilukan hati, rumah mereka itu terletak bersebelahan dengan tempat pembu4ngan samp4h.
Tak ada rupa rumah langsung
Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul, itulah perumpamaan yang sesuai digambarkan buat keluarga ini.
Ustaz Ebit Lew meluahkan rasa sedih apabila melihat sendiri keadaan rumah itu yang serba kekurangan.
Malahan, sudah 20 tahun mereka menetap di dalam sebuah pondok kecil itu.
Menangis lagi. 20 tahun tinggal pondok kecil tanpa tandas. Menangis lagi hari ini di Kelantan.
Di tempat pembuangan sampah yang besar. 3 longgokan sangat besar sampah. Ada 3 pondok kecil di situ yang tiada tandas pun.
Tak ada rupa rumah langsung. Sedihnya rasa. Jika ingin mandi mereka ke surau berdekatan. Tadah air.
Makcik tua umur 70an bersama anak cucunya di situ selama 20 tahun di Pasir Mas Kelantan. Jika hujan lebat habis air naik dengan sampah-sampah.
Sebaik sampai mereka semua kenal saya. Adik itu menangis. Umur 19 tahun belajar kolej.
Betul ke Ustaz Ebit Lew ini. Makcik tu sakit dah uzur. Tak kuat nak berjalan. Mereka kenal saya. Baik-baik adik-adik ini. Ujian mereka.
Terharu nak pindah
Keluarga ini juga tidak mempunyai masalah untuk berpindah dan keluar dari kawasan tersebut.
Boleh dikatakan, mereka senang dipujuk oleh Ustaz Ebit Lew.
Dengar kisah hidup mereka buat saya menangis. Ada yang tak habis sekolah. Tapi serius adik ini semua baik-baik.
Saya pujuk mereka untuk pindah. Mereka setuju nak pindah. Terharu nak pindah.
Tak sangka senang ajak. Ya Allah maafkanlah saya lambat jumpa keluarga ini. Setelah 20 tahun mereka lalui semua ini.
Saya rasa berdosa dan bersalah yang amat sangat.
Tengah cari rumah untuk disewakan
Ustaz Ebit Lew turut mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih buat ketua kampung dan AJK masjid yang memberi kerjasama.
Bermula bulan Mei ini, bantuan dari JKM turut disampaikan kepada keluarga kecil berkenaan.
Tambahan lagi, dua buah rumah untuk disewakan kepada keluarga ini masih dalam proses.
Terima kasih kak Raja Anita tunjukkan jalan tadi dan ada membantu hantar barang dapur.
Terima kasih JKM dan zakat hadir membantu mereka barang dapur. Terima kasih penghulu dan ketua kampung.
Terima kasih AJK masjid yang ambil tahu keadaan keluarga ini. Mei ini bermula bantuan untuk mereka dari JKM insyaAllah.
Saya tahu pasal mereka awal Ramadhan. Tapi baru hari ini sampai. Maafkanlah saya, Ya Allah. Ampunkan dosa saya.
Doakan saya tengah cari 2 rumah untuk disewakan pada mereka.
Masuk Rumah Baru
20 tahun diuji hidup disini selesai dalam masa 2 jam pindah ke rumah baru sewa. Bahagia rasa.
Saya rasa syukur sangat dapat bayar sewa rumah dan bil buat keluarga yang baik ini.
Saya belikan peti ais,mesin basuh, kipas, cerek elektrik,rice cooker dan katil besar 2 dan 2 katil single dengan tilam dan bantal.
Syukur sangat rasanya. Dibantu oleh penduduk setempat yang baik. Terima kaseh semua yer.
Tadi menangis tengok makcik ni yang uzur. Rindu mak saya. Baik makcik ini. Anak dan cucunya semua lembut cakap dengan saya.
Adik ni saya bagi semangat untuk capai cita-cita. Ada seorang masih belajar. Dengar perasaan mereka dari kecil buat hati saya sayu jer.
Rasa bersalah dan sedih sangat. Syukur puas sangat melihat air mata dan senyuman mereka.
Katanya tak sangka boleh dapat rumah begini. Sebelum ini tandas pun tiada. Bau sampah. Bayangkan seluruh sampah macam 3 bukit.
Mereka tinggal di tengah-tengah. Kita satu bakul sampah jer dalam rumah cepat buang ke luar. Ya Allah maafkan saya yer makcik. Maafkan saya adik. Doakan saya.
Hari ini ujian adik. Yakinlah adik akan jadi seorang yang mulia dan baik akan bantu ramai manusia dalam dunia. Ada rahmat disebalik semua.
Terima kaseh jkm. Terima kaseh zakat. Terima kaseh ketua kampung. Terima kaseh ajk msjid. Terima kaseh orang kampung.
Terima kaseh semua yer. Sama-sama kita bantu membantu dalam kebaikan.
Berikut pula reaksi dari Yang Berhormat Ustazah Dato’ Hajah Siti Zailah Mohd Yusoff atau Kak Lah
BERKENAAN ZIARAH UEL DI PUSU 40 PASIR MAS
Untuk makluman tempat ini telah banyak kali dikunjungi YB setempat dan Penghulu….
Boleh katakan jika ada bantuan untuk rakyat tempat ini sering kali dihulurkan bantuan…dan untuk makluman kawasan ni memang banyak rumah2 daif ..
Dan untuk makluman juga disini Ada yang memang menetap lebih kurang dlm 6 keluarga dan ramai lagi yang hanya tinggal sementara kerana bekerja sebagai pemungut sampah di tempat pelupusan sampah ini…
Menjawab tohmahan segelintir netizen yang menganggap YB setempat dan Penghulu tidak memberi bantuan seperti UEL bagi adalah tidak sesuai nak dibandingkan..
Kerana batang tubuh YB perlu agihkan bantuan kepada semua rakyatnya yang beratus ribu dan ramai yang miskin di dalam satu2 kawasan..
Manakala UEL hanya bantu beberapa keluarga mungkin dalam satu negeri atau kawasan..itu kemampuan UEL…
Alhamdulillah…dan kami peringkat Pemuda Kawasan Rantau Panjang sangat berterima kasih kepada UEL diatas bantuan ini sedikit sebanyak dapat membantu rakyat2 di Parlimen Rantau Panjang…
Dengan izin Allah inshaAllah kami akan cuba pantau lagi keluarga ini dan dengan rumah yang diberi oleh UEL …Alhamdulillah..Bizznillah..
Terima Kasih Ustaz Ebit Lew.. Kami hanya tolong semampu kami dan ustaz tolong semampu ustaz..
Support Ustaz Ebit Lew..bulan baik, hati baik,buat baik,duduk baik2…
Semoga ALLAH Sayang Kita
“TERIMA KASIH USTAZ EBIT LEW” TERUSLAH KERJA2 MULIA INI…
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Sumber budaksitu via HMT
Be the first to comment on "20 Tahun Keluarga ini Hidup Bergelumang Sampah yg Tiada Tandas, Akhirnya YB kawasan Bersuara Selepas Ust Ebit Datang"