Hampir Seminggu Hilang Selepas Ke Kebun, Ini Lokasi Warga Emas Ditemui

SEORANG wanita yang dilaporkan hilang di kebun kelapa sawit di Batu Pahat selama hampir enam hari, ditemui dalam keadaan selamat.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, Painah Siwan, 79, ditemui oleh dua orang awam di kebun di Kampung Parit Kasih Sayang, Senggarang di Batu Pahat, pukul 11.25 pagi Isnin.

“Wanita itu ditemui selamat walaupun dalam keadaan lemah, berhampiran lopak air di ladang, kira-kira 1.4 kilometer (km) dari rumahnya dan 900 meter dari pusat mencari dan menyelamat yang ditubuhkan pihak berkuasa untuk mencarinya.

“Kita turut menjumpai sepasang selipar berhampiran dengannya, serta seikat liri daun kelapa sawit yang telah diraut,” katanya sambil menambah warga emas itu dihantar ke Hospital Sultanah Nora Ismail untuk menerima rawatan.

Beliau menambah, wanita tersebut berada dalam keadaan stabil.

Sementara itu, anak Painah, Sadiah Mohari, 42, berkata dia bersyukur kerana pencarian ibunya berakhir dengan penemuan yang selamat.

“Alhamdulillah, doa kami dimakbulkan dengan berita gembira. Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam pencariannya,” katanya.

Pada 10 Ogos lalu, Painah dilaporkan hilang selepas keluar mencari daun kelapa sawit untuk dijadikan penyapu lidi di kebun kelapa sawit di belakang rumahnya di Kampung Parit Kasih Sayang, Senggarang.

Sebuah pasukan mencari dan menyelamat ditubuhkan melibatkan seramai 187 anggota pasukan keselamatan terdiri daripada pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Batalion Ke-10 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), Angkatan Pertahanan Awam (APM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dan penduduk setempat. – The Star

Pasukan mencari dan menyelamat membawa Painah yang ditemukan dalam keadaan lemah.

Terdahulu…

‘Anak dia nak tarik mak, tapi tak berjaya’ – Rakaman Anak Cuba Menarik Wrga Emas Di Alam Lain, Buat Ramai Merem4ng

” Emak nak balik, tapi tak mampu jelmakan diri di dunia nyata,”

Itu kata-kata Sadiah Mohari (gambar atas), mengenai kehilangan ibunya, Painah Siwan, 79, yang masuk hari ketiga hari ini.

Painah gagal dikesan selepas dikatakan ke kebun kelapa sawit berhampiran rumahnya di Kampung Parit Sayang, Senggarang, di sini, kira-kira jam 3.30 petang Rabu lalu.

Sadiah, 42, anak ketiga daripada sembilan beradik, berkata mereka sekeluarga buntu kerana Painah masih tidak ditemui walaupun pelbagai usaha dibuat, termasuk bantuan mencari dan menyelamat daripada pihak berkuasa.

” Ada juga pihak arif agama datang membantu dan memberitahu, emak selamat di alam ghaib, masih ada sekitar kawasan ini. Dia mahu balik tapi tak mampu menjelmakan dirinya di dunia nyata.

” Kami sekeluarga sudah solat hajat, semoga ada keajaiban dan emak pulang dalam keadaan selamat,” katanya menambah mereka reda dengan ketentuan Allah SWT.

Ketika ditemui hari ini, Sadiah berkata, keluarga berharap wanita itu pulang dalam keadaan selamat.

” Sekitar jam 3 petang hari kejadian, saya balik ke rumah selepas selesai kerja di luar dan sempat berbual dengan emak.

” Kira-kira sejam kemudian, selepas menguruskan diri dan berehat, saya sedar emak sudah tiada di rumah.

” Ketika itu saya hanya terfikir kemungkinan dia keluar ke kebun berhampiran.

” Hampir senja, emak tetap tidak balik lalu saya bersama adik keluar mencari di kebun berhampiran dan sekitar kawasan kampung,” katanya ketika ditemui semalam.

Painah (tengah) masih hilang selepas masuk dalam kebun kelapa sawit berhampiran rumahnya di Kampung Parit Kasih Sayang, Senggarang, Batu Pahat, pada Sabtu. -Foto Sinar Harian

‘Disor0k’ ke alam lain

Sadiah turut melahirkan rasa risau kerana waktu ibunya keluar, wanita warga emas itu tidak menjamah sebarang makanan dan hari ini sudah hampir empat hari tidak pulang ke rumah.

Katanya, ibunya ketika keluar mengenakan baju berwarna hitam bergaris putih, seluar biru gelap selain hanya memakai anak tudung sahaja.

” Saya amat berharap ibu dapat ditemui semula dalam apa juga keadaan walaupun ada pihak mengatakan yang dia ‘disor0k’ ke alam lain.

” Saya juga memohon orang ramai sama-sama mendoakan kesihatan ibu sehingga dia ditemui,” katanya.

Pihak berkuasa menemui kesan leraian sisa daun kelapa sawit

Sadiah berkata, kebiasaannya, ibunya ke kebun untuk mencari sisa daun kelapa sawit yang sudah dibuang pekebun untuk dijadikan penyapu lidi dan akan pulang selepas itu.

Semalam, katanya, pihak berkuasa ada menemui kesan leraian sisa daun kelapa sawit yang dicarik-carik di sekitar kawasan pencarian, tetapi masih tidak berjaya menemui ibunya sehingga hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah, berkata operasi mencari dan menyelamat (SAR) diteruskan pada hari kedua dan ketiga dengan 187 anggota dan pegawai daripada pelbagai agensi, tetapi tetap gagal menemui mangsa.

” Khidmat unit anjing pengesan (K9) polis turut digunakan, selain bantuan bomba, tentera, Angkatan Pertahanan Awam, Jabatan Sukarelawan Malaysia serta penduduk setempat.

” Hari ini, operasi mencari mngsa diperluaskan,” katanya.

Rakaman anak cuba tarik mak, tapi tak berjaya

Dalam pada itu, tular rakaman di dakwa saat anak cuba menarik tangan mak, tapi tidak berjaya sehingga anak tersebut terpaksa di rehatkan dan di masukkan ke wad

“Sedih sayu masa tgok anak dia nak tarik mak tapi tak berjaya. Semua jerit panggil mak..Sampai letih anak dia and terpaksa direhatkan…moga dipermudahkan semua..” komen seorang netizan

“cuba sebut nama penuh.. jgn pnggil orng tu mak mak.. sbb dlm tu bnyak mak”

“mak dia kena sorok.anak dia nampak mak dia dan cuba nak tarik tapi x dapat nak tarik”

“Wallahualam..ank sy 4 thun tnya sy bila lihat vtt ni, “knpe nenek tu x bgun Umi?kan org tu da tarik nenek tu..”

Seorang pengguna tiktok Hadi Bundle cuba minta anak kecil mereka lihat rakaman tersebut

“nanti korang tgok dkt tt sy..sy mtk anak sy umur 3 tahun tgokkan..x rilek geng..mmg x rilek..moga dipermudahkan urusan keluarga ni..”

“Allah..terus meremang sy”

Penduduk tampil beritahu kawasan itu memang keras

Sementara itu, dalam ruangan komen menerusi satu perkongsian berita berhubung kehilangan Painah Siwan, seorang individu memberitahu kawasan tersebut sememangnya dikenali sebagai tempat ‘ke-ras’.

Individu yang dipercayai penduduk setempat itu mengatakan kawasan itu dikaitkan dengan perkampungan orang bu-nian kerana terdapat penduduk yang melalui kawasan itu melihat ‘sesuatu’.

” Siapa orang Batu Pahat pasti akan tahu Jambatan Sengkuang nak ke Sri bengkal tu.

” Area situ mmg kawasan ke-ras dan dikatakan kawasan perumahan bg orang-orang bu-nian.. ramai org yg melalui jalan tu malam-malam terjumpa macam2..

” Ada jumpa masjid la, pasar malam la.. sedangkan situ hutan n semak samun..

” Sebab itu jalan dari Sengkuang menghala Parit Yaani, setiap 100 meter diletakkan papan tanda bertulis kalimah Allah dan doa…” tulis Ridzwan.

Dalam pada itu, beberapa individu lain telah mengiyakan pendedahan Ridzwan dengan memberitahu ada ahli keluarga mereka turut mengalami perkara sama.

” Akak saya pernah cakap, arwh abang ipar dulu bawak lori, lalu kawasan tu nampak pasar malam..pastu dah jauh sikit baru terfikir pasar malam apa tengah2 malam..” tulis Ani.

” Dulu masa study kat Batu Pahat balik Segamat lalu jalan pintas Sri Bengkal tembus Parit Yani. Pensyarah pun ada pesan hati-hati kalau lalu area jambatan situ waktu malam. Banyakkan baca kalimah dan doa yang elok-elok.” tulis Alang.

Sumber:bharian dan Kecoh Ape

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia

Sumber : trendingsangat

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Hampir Seminggu Hilang Selepas Ke Kebun, Ini Lokasi Warga Emas Ditemui"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*