“Trend Pakai Rompers Ke?” – Netizen Kr1tik Fesyen Nadia Brian, Dilihat Tengah Syok Berp4rti Buih?

Pelakon, Nadia Brian sekali lagi jadi tumpuan apabila tampil seksi dalam muat naik terbarunya di media sosial.

Nadia Brian atau nama sebenarnya Nadia Najwa Mohamed Rashidi menerima kritikan netizen akibat penampilan ‘seksinya’ yang dianggap seperti memakai pakaian bayi atau ‘rompers’.

Menerusi muat naik di Instagram miliknya, Nadia memaparkan dirinya berpakaian baju putih berlengan panjang namun bahagian bawah sisi baju tersebut terbuka sehingga mendedahkan bahagian pinganggnya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Nadia B (@nadia.brian)

Hantaran Nadia itu meraih perhatian netizen apabila rata-ratanya mengatakan penampilan seksi pelakon itu seperti memakai ‘rompers’

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengkritik penampilan Nadia yang dilihat seperti memakai ‘rompers’ malah ada yang memuji kecantikan Nadia.

Namun berdasarkan pemerhatian kami, Nadia kini dilihat sedang bercuti di atas kapal persiaran mewah.

Menerusi perkongsian Nadia di TikTok pula, pelakon drama Suri Hati itu memuat naik sebuah video yang memaparkan dia sedang bersuka ria berpesta buih di atas kapal mewah tersebut.

Sebelum ini Nadia mengaku dirinya tidak boleh mengawal persepsi warganet untuk melabel dirinya sebagai simbol ‘seks’ malah hanya dirinya dan keluarga sahaja yang tahu bagaimana mengenai dirinya yang sebenar.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia

Sumber : xtra

Apa komen anda?

Be the first to comment on "“Trend Pakai Rompers Ke?” – Netizen Kr1tik Fesyen Nadia Brian, Dilihat Tengah Syok Berp4rti Buih?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*