“Hubungan kami mula rapat selepas…” Dikatakan bercinta dengan Shila Amzah, Amir Masdi akhirnya buka mulut

Kuala Lumpur: Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba penyanyi, Amir Masdi dikatakan bercinta dengan penyanyi, Shila Amzah apabila mereka sering dilihat bersama sejak menyertai program Masked Singer awal tahun ini.

Amir ketika ditemui bagaimanapun menafikan perkara itu dan menjelaskan hubungan mereka hanya sekadar kawan baik memandangkan mereka kini kerap bertemu untuk bermain badminton.

“Kami hanya berkawan baik. Saya mula bertemu Shila ketika sama-sama menyertai program Masked Singer dan hubungan kami mula rapat selepas berjumpa di sebuah acara ketika sambutan Aidilfitri tahun ini.

“Orang luar mungkin nampak kami rapat sebab kami selalu bermain badminton bersama-sama. Bukan kami berdua saja tapi ada ramai kawan-kawan selebriti lain yang turut serta.

“Saya mula aktif bermain badminton sejak tahun lalu lagi bersama pengacara Haziq Hussni, tapi Shila boleh dikatakan masih baru sertai kumpulan kami.

“Kami pun jarang berhubung. Kalau berhubung pun semuanya atas urusan kerja kalau kami ada undangan persembahan di lokasi yang sama,”katanya ketika ditemui selepas menjayakan konsert Hype Night di Kenanga Starxpo Centre Kuala Lumpur, malam tadi.

Menurut Amir, dia tidak tahu bagaimana gosip terbabit timbul dan menegaskan dirinya masih solo.

“Saya tak pasti kerana berita ini adalah kali pertama saya dengar. Saya berkawan dengan semua orang, tapi status saya masih single.

“Saya belum ada hasrat atau keinginan untuk berkenalan dengan sesiapa. Saya hanya nak fokus dengan kerjaya saya buat masa ini.

“Persahabatan saya dengan Shila pun ada sempadan sebagai kawan saja. Saya dengan mana-mana kawan wanita memang saya hadkan begitu kerana saya takut nanti terbahagi harapan antara satu sama lain.

“Boleh jadi dia terbahagi harapan atau sebaliknya. Jadi untuk elakkan sebarang perkara terjadi dan melarat ke arah yang kita tidak inginkan, lebih baik letakkan sempadan daripada awal,”katanya.

Baldu Biru Versi Shila Amzah Dan Amir Masdi Dipuji Ramai, “Ada Chemistry Yang Serasi”

Penyanyi yang satu ini bukan calang-calang pencapaiannya. Shila Amzah adalah salah seorang penyanyi dari Malaysia yang mengharumkan nama negara hingga ke luar negara.

Memiliki suara lunak merdu, Shila Amzah antara penyanyi tanah air yang memiliki barisan peminatnya tersendiri. Pernah menjadi juara di pentas Anugerah Juara Lagu bersama kumpuan SOG menerusi pelukan Angkasa.

Kebolehan nyanyian Shila Amzah memang tak perlu disangkal lagi. Padu habis! Malah baru-baru ini Shila Amzah menyanyi semula lagu Baldu Biru berduet dengan Amir Masdi telah mencvri perhatian ramai.

Berikut adalah perkongsian rakaman Baldu Biru versi Shila Amzah dan Amir Masdi yang dimuat naik menerusi akaun TikTok milik penyanyi hebat ini sendiri:

Wow, hasil gabungan nyanyian yang cukup padu dan menghiburkan! Shila Amzah dan Amir Masdi, kedua-duanya memiliki vokal yang bagus menjadikan duet ini cukup sempurna.

Apatah lagi lagu Baldu Biru nyanyian asal Ratu Rock, Ella ini juga memang layan habis! Perkongsian rakaman Baldu Biru versi Shila Amzah dan Amir Masdi ini telah meraih lebih 488 ribu tontonan dan 33 ribu likes.

VIDEO :

Rata-rata warganet memuji vokal kedua-dua penyanyi ini. Malah ada juga yang sempat mengusik lirikan Amir Masdi pada Shila Amzah. Berikut antara yang ditinggalkan di ruangan komen perkongsian ini:

“Amir memang macam tu la…Dia nak ambil feel. Masa dia nyanyi lagu Halaman Asmara dengan Kak Ziana pun macam tu”

KOMEN NETIZEN :

“Kenapa aku yang senyum2 tengok Amir pandang Shila”

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia

Sumber : Bartasangbad.site

Apa komen anda?

Be the first to comment on "“Hubungan kami mula rapat selepas…” Dikatakan bercinta dengan Shila Amzah, Amir Masdi akhirnya buka mulut"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*