Kuala Lumpur – Setiap minggu beraksi di program Gegar Vaganza ke9 GV9 dianggap seperti pentas akhir buat Tomok supaya dia memberi sepenuh t.enaga membuat persembahan.
Bagi Tomok atau Shah Indrawan Ismail, 38, tiada istilah simpan t.aring kerana t.akut jika bermain strategi begitu dia tidak berkesempatan membuktikan kemampuan sebenarnya sebagai penyanyi.
Sekadar info, beliau dilahirkan di Negeri Sembilan dan dibesarkan di Kuala Lumpur. Tomok merupakan anak keempat daripada enam orang adik-beradik dan salah seorangnya ialah Ismaliza Ismail atau Isma yang merupakan bekas peserta Akademi Fantasia musim keenam.
Beliau mula menyanyi pada usia 8 tahun. Abang iparnya, Zulkefli Majid atau nama penanya, Aiman merupakan anggota kumpulan 2 By 2 dan orang yang bertanggungjawab menubuhkan kumpulan New Boyz ketika menjadi AR di Suria Records.
Saya Tak Pernah Beri Markah Setinggi
Setiap minggu persembahan saya akan buat sehabis baik. Semua peserta meletakkan sasaran untuk dapat nombor satu. Sebab itu saya bagi sepenuhnya, buat persembahan seperti pentas akhir GV9.
“Tak pernah ada rasa nak simpan t.aring dalam pertandingan ini. Kalau menunggu masa untuk tunjukkan kemampuan sebenar t.akut nanti terkeluar awal pula,” katanya.
Tomok ditemui selepas konsert minggu keenam GV9 yang berlangsung di Auditorium MBSA, Shah Alam pada Ahad.
Menyampai lagu berjudul Everybody yang pernah dipopularkan oleh kumpulan Backstreet Boys, Tomok berjaya memikat hati juri untuk menduduki tempat pertama minggu ini.
Bukan itu sahaja, buat pertama kali sepanjang penganjuran GV, Tomok mendapat markah tertinggi daripada juri Datuk Ramli MS dari sudut persembahan.
Syukur tak sangka diberikan markah sebegitu. Ia jadi pemb.akar semangat untuk saya bekerja lebih kuat. Semua kawan-kawan yang bertanding ada strategi mereka sendiri. Jadi saya pun kena lawan supaya wujud satu persaingan sihat.
Memanglah satu t.ekanan untuk buat persembahan terbaik setiap minggu. Saya hanya selagi termampu dengan kudrat yang ada.
“Persaingan yang sihat juga memberi semangat buat semua peserta yang bertanding,” ujarnya.
Sementara itu Ramli yang ditemui pada malam berkenaan menyifatkan persembahan Tomok itu adalah satu usaha yang patut mendapat pujian tinggi.
Kalau mahu bercakap tentang vokal, semuanya hebat. Tetapi saya melihat kepada usaha Tomok pada malam Ahad. Dia bawa penari dan buat susunan muzik sendiri.
“Sepanjang musim GV saya tak pernah bagi markah setinggi ini untuk persembahan. Usaha yang dia lakukan, wajib dapat markah tinggi,” ujar beliau.
Kredit : Mstar/IG
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia
Sumber : onlinemalaya
Be the first to comment on "Datuk Ramli MS Dedah Markah T0mok Dlam GegarVaganza Tertinggi Dalam Sejarah. Ini Kata Kata Bliau"