Pelbagai heIah yang digunakan, kini isteri Syahmi Sazli ded4h dug4an yang dia terima di kedai miliknya

Pelbagai hel4h digunakan pihak tidak bertanggungjawab untuk memperd4ya m4ngsa demi kepentingan peribadi. Salah satunya ialah penggunaan duit p4lsu yang sering digunakan untuk men1pu golongan peniaga kecil. Terbaharu peniaga dessert dari Kota Bharu, Kelantan, Anissa Faizul mended4hkan dia menerima wang kertas RM50 daripada salah seorang pelanggan di kedainya. Menurut Anissa, kej4dian itu berlaku pada 27 Oktober lalu.

Jelas Anissa atau Nissa yang merupakan isteri kepada bintang YouTube Syahmi Sazli, pihaknya menyedari tentang wang p4lsu itu sewaktu sedang mengira jumlah hasil jualan harian. “Siapa pun awak, saya halalkan makanan atau minuman yang awak beli dekat Beli Dessert. Khilaf Nissa dan team juga tak double check duit yang kami terima,” ujarnya.

Menerusi video di muat naik di Facebook story, Nissa turut menunjukkan dengan jelas keadaan wang p4lsu tersebut. Paling ketara bahagian depan dan belakang ‘wang’ kertas itu dicetak secara berasingan dan ditampal menjadi satu. Walaupun kec3wa dengan tind4kan pelanggan itu, Nissa tetap bersabar namun berharap pelaku tidak mengulangi perbuatannya terhadap peniaga-peniaga kecil lain.

“Saya berharap saya orang terakhir awak guna cara ni. Jangan guna cara ni dekat peniaga kecil yang betul-betul memerlukan jualan seharian… kasihan mereka. Saya anggap tiada rezeki dengan awak. Nanti jemputlah datang lagi Beli Dessert. Tapi, guna duit yang betul ya,” ujarnya.

Hantaran dibuat Nissa di Facebook menerima hampir 10,000 tanda suka dan dikongsikan semula lebih 200 pelayar lain. Rata-rata warga maya memuji Nissa yang tidak mengambil tindakan terhadap individu tersebut walaupun boleh menjejakinya melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di kedai mereka.

Komen warganet berkenaan kisah yang tular.

“Bersabar Nissa dan Syahmi (suami). Kadang-kadang orang pun tak sedar dapat daripada orang sebelumnya, pakai guna saja. Tapi saya doakan rezeki kamu berdua bertambah. “Mungkin dia pun tak tahu tu duit palsu. Bersangka baik saja. Semoga Allah perluaskan lagi rezeki awak dan suami. “Allahuakbar. Tabik Nissa. Apabila kita halalkan sesuatu dan doakan mereka bertaubat, kita akan dapat ganjaran pahala dan doakan kita dimurahkan rezeki lagi,” komen warganet di Facebook.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia

Sumber : https://apampink.ne

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Pelbagai heIah yang digunakan, kini isteri Syahmi Sazli ded4h dug4an yang dia terima di kedai miliknya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*