Terkenal dengan vokal yang merdu, Ernie Zakri atau nama sebenar Nur Ernie Shahirah Zakri menyanyikan lagu negara jiran yang berjudul ‘Sang Dewi’ di sebuah majlis perkahwinan.
Akaun tiktok milik peminat Ernie Zakri @erninators telah memuat naik video Ernie yang sedang menyanyikan lagu ‘Sang Dewi’ dan video tersebut tular di laman sosial tiktok sehingga menambat hati para peminatnya.
“Sebiji Macam Penyanyi Sebenar

Video nyanyian Ernie yang berdurasi 26 saat itu telah berjaya menambat hati dan memukau para peminat sehingga ramai yang tidak puas mendengar nyanyian Ernie. Ada juga yang meminta video versi penuh untuk nyanyian itu.
ERNIE ZAKRI NYANYI LAGU SANG DEWI
merdu dia nyanyi lagu ni
nak full cover
sedap nyaaaa😭😭😭
indah nya bila dengar


Peminat turut mengatakan bahawa nyanyian Ernie sama seperti penyanyi asal iaitu Lyodra. Peminat turut menginginkan Ernie untuk berduet dengan penyanyi asal menyanyi kan lagu ‘Sang Dewi’ ini.
wah ernie nyanyi lagu lyodra sang dewi.. nanti boleh duet ni kalau lyodra buat konsert kat malaysia.. dua-dua next diva…
Aku dah keliru mana satu penyanyi asal 😭😭😭😭😭
Yayyy ernie cover lagu ni !!! Confirm best kalau lyodra and ernie perform together, both are my current fav singer 😍🫶 @Lyodra Ginting


Sekadar info, Ernie Zakri memiliki jenis suara Lyrical Soprano iaitu suara yang berada di kawasan julat vokal yang tinggi hingga ke not (E6) . Beliau sering meraih pujian kerana penggunaan teknik vokal yang sihat dan seimbang.
View this post on Instagram
Beliau juga mampu menyanyikan not-not tinggi didampingi getaran vibrato yang stabil seperti yang didemonstrasikan dalam lagu “My All”. Tidak kurang daripada itu beliau mahir memanipulasikan variasi dinamik dalam nyanyian.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia
Sumber : Murai
Be the first to comment on "‘Tak Pernah Mengecewakan’ – Ernie Zakri Nyanyi Lagu Sang Dewi Buat Peminat Terpukau"