Tahniah. Datin Umie Aida Kongsi Rakaman Dai Syed Bertunang. Rupanya Tunang Beliau Bukan Calang-calang Orang

Kuala Lumpur – Sebelum ini, pend.akwah selebriti Dai Syed mend.edahkan foto tular yang memperlihatkan dia dan pengacara Hana Ismail diiringi ibu kedua-dua belah pihak di sebuah kediaman adalah untuk mengenali lebih lanjut antara satu sama lain.

Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful berkata, foto itu hanyalah majlis pertemuan dua keluarga selain mengaku sedang mengenali rapat dengan wanita itu.

Kami baharu mengenali dua keluarga, kalau betul kami akan ke arah yang baik, pasti kami beritahu. Cuma buat masa sekarang saya tak boleh nak cakap apa lagi. T.akut nanti cerita, tak jadi apa pula.

“Kami akan beritahu apa yang seterusnya, kemudian. Insya Allah. Mohon semua doakan yang terbaik untuk saya,” katanya ketika ditemui.

Menurut Dai Syed, dia sudah bersedia untuk menggalas tanggungjawab sebagai suami dan berharap perancangan ke arah itu dipermudahkan.

“Insya-Allah saya sudah bersedia, cuma sekarang kami dalam tempoh perkenalan antara dua keluarga,” katanya.

Selamat Bertunang

Pend.akwah bebas, Dai Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful selamat bertunang dengan pengacara, Hana Ismail.

Berita gembira itu dikongsikan pelakon Datin Seri Umie Aida dalam hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya sebentar tadi.

Umie yang hadir sebagai tetamu berkongsi kemeriahan majlis pertunangan serta merisik yang diadakan.

Menghitung hari ke alam tanggungjawab yang lebih fokus dan besar. K.unci kebahagiaan sentiasa bersyukur dan menerima kelemahan pasangan masing-masing dengan hati terbuka.

“Jaga amanah ini sebaiknya Da’i Syed dan Hana Ismail. Semoga adikku berdua dalam lindungan-Nya dan rahmat-Nya”, tulisnya.

Nurulhana atau Hana adalah pengacara program Assalamualaikum dan Kemanisan Iman Bersama Al-Quran di saluran TV AlHijrah.

Menerusi tinjauan di ruangan komen, rata-rata pengikut tumpang gembira dengan berita yang dikongsikan dan mendoakan urusan persiapan perkahwinan mereka dipermudahkan.

Antara Reaksi Orang Ramai

“Tahniah! Muka seiras betul,” tulis seorang pengikut.

“MasyaAllah semoga Allah permudahkan,” komen seorang pengikut.

Kredit : HM/IG

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia

Sumber : OnlineMalaya

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Tahniah. Datin Umie Aida Kongsi Rakaman Dai Syed Bertunang. Rupanya Tunang Beliau Bukan Calang-calang Orang"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*