Dina Nadzir berisiko tak boleh menyanyi selamanya, Ini Puncanya!

PENYANYI dan penyampai radio, Dina Nadzir sudah menjangka akan tersingkir di peringkat separuh akhir Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) yang berlangsung pada malam Ahad.

Dina atau Faradina Mohd Nadzir, 37, berkata, melihatkan persembahan dan tahap kesihatanya, dia tidak meletakkan harapan ke final minggu hadapan.

“Saya menjangkakan saya tersingkir pada minggu kelima atau keenam. Daripada segi konsistensi mingguan, saya sebenarnya sudah dapat menyukat tahap persembahan setiap minggu.

“Dengan kemampuan, tenaga dan tahap kesihatan, saya sudah menjangkakan tidak akan ke pentas akhir,” katanya kepada mStar.

dina1 - 1

Dina akur selepas berjuang di pentas GV9.

Dina ditemui selepas tamat konsert minggu kesepuluh yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada malam Ahad.

Berkongsi mengenai kesihatannya, Dina berkata, dia mengambil risiko besar untuk meneruskan perjuangan dalam GV9 kerana tidak mahu berputus asa.

Kata Dina, keadaan peti suaranya sudah semakin teruk dan boleh menyebabkan dia tidak lagi mampu menyanyi buat selamanya.

“Saya sebenarnya diberi MC selama sebulan oleh doktor untuk tidak bekerja dan menyanyi. Peti suara saya kini sudah sangat ‘rabak’.

“Jika tidak, risiko yang bakal saya hadapi adalah suara menjadi serak selamanya dan ia menyukarkan saya untuk menyanyi lagi,” ujarnya.

 

Saya mengambil risiko untuk terus menyanyi walaupun diberi MC sebulan oleh doktor.

DINA NADZIR

PENYANYI

Biarpun berdepan dengan risiko besar, Dina tetap bersemangat meneruskan perjuangannya dalam GV9 kerana tidak mahu menghampakan peminat.

Penyanyi lagu Cinta Datang Lagi itu juga berpuas hati kerana sudah berjuang habis-habisan untuk berada sehingga ke minggu kesepuluh.

“Saya berjuang dalam GV9 sehingga mengalami kecederaan peti suara. Saya rasa kalau orang lain pasti mereka sudah tarik diri.

dina2 - 1

Dina ambil risiko besar untuk terus menyanyi.

“Nak kata lega tersingkir di separuh akhir pun ada, tapi sedih juga kerana siapa yang tidak mahu ke final, kan? Namun, saya reda kerana saya tahu kami semua sudah berjuang sehabis baik,” jelasnya.

Dalam pada itu, penyanyi ini berkongsi peti suaranya terganggu selepas dijangkiti c0v1d-19 dan masalah itu sudah berlarutan selama lapan minggu.

Pada peringkat separuh akhir itu, Fuad Rahman turut tersingkir dan gagal mara ke peringkat final.

Pentas akhir GV9 akan menyaksikan enam peserta bakal berentap merebut gelaran juara iaitu Jaclyn Victor, Shila Amzah, Bob Yusof, Tomok, Hazrul Nizam dan kumpulan V.E.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia

Sumber : mStar

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Dina Nadzir berisiko tak boleh menyanyi selamanya, Ini Puncanya!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*