Menepati jangkaan ramai, penyanyi Jaclyn Victor diumumkan sebagai juara program realiti Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) yang berakhir di sini, malam tadi.
Jac yang popular menerusi lagu Gemilang menewaskan lima peserta lain iaitu Shila Amzah , Tomok, Bob Yusof, kumpulan V.E dan Hazrul Nizam sekali gus membawa pulang wang tunai RM100,000 dan trofi sumbangan Astro.
Penyanyi itu memberikan persembahan mantap dengan membawakan lagu medley berjudul It’s All Coming Back To Me Now dan This Is Me serta ‘pusingan battle’ berduet dengan V.E menerusi lagu The Real Slim Shady (Eminem) dan Sang Saka Biru.
Sementara itu, tempat kedua pula dimenangi oleh Bob Yusof yang berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM 50,000 dan trofi
Tempat ketiga dan keempat dimenangi Shila Amzah serta Tomok dengan masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM30,000 dan RM20,000 berserta trofi.
Pemenang tempat kelima dan keenam iaitu V.E dan Hazrul Nizam berjaya meraih hadiah wang tunai RM15,000 dan RM10,000 termasuk trofi kemenangan masing-masing.
Tahniah kepada semua pemenang! Juara Jaclyn Victor] | Naib Juara BERIBU RASA – New Single] | Ketiga Shila Amzah] | Keempat Tomok] | Kelima ve Keenam Hazrul Nizam]
Acara kemuncak GV9 yang dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Elly Mazlein yang berlangsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menampilkan empat juri iaitu Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang, Datuk Syafinaz Selamat dan Edry Abdul Halim.
Pentas akhir GV9 turut diserikan dengan persembahan daripada Ramlah Ram dan Amelina.
GV9: Tok Ram Dedah Pecahan Markah, Puas Hati Kualiti Solo & Battle Jac – “Saya Terkejut Bila Dia …”
Juri tetap Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9), Datuk Ramli MS berpuas hati apabila sebulat suara bersama juri lain memilih Jac sebagai juara.
Menurut Ramli MS atau lebih mesra dengan panggilan Tok Ram, Jaclyn layak memenangi pertandingan tersebut kerana berjaya memberi persembahan terbaik dalam kedua-dua segmen iaitu solo dan battle.
“Jaclyn saya terkejut bila dia battle dengan VE memang bagus. Gabungan mereka sangat cantik. Attitude Jaclyn dan gaya penampilannya dalam segmen berkenaan terbaik.
“Bukan itu sahaja, segmen solo Jaclyn juga sangat bagus dan telah membuatkan markah bagi kedua-dua segmen tinggi sekaligus menobatkannya sebagai juara.
“Malah saya gembira apabila kami sebagai juri sebulat suara memilih Jac sebagai juara untuk GV9 ini. Ini adalah GV yang paling terbaik setakat ini,” katanya kepada Astro Gempak.
Ramli MS Ketika Live: Sesi sidang media – Final Gegar Vaganza
‘Dua juara GV9, mana ada…’ – Ramli MS
Terdahulu Juri profesional, Datuk Ramli MS menafikan cakap-cakap warganet yang mengatakan Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) ini akan mengangkat dua juara, sekali gus mengulangi sejarah GV6 pada 2019 yang dimenangi bersama oleh Naqiu dan Hady Mirza.
Dakwaan ini timbul berikutan persaingan sengit dua bintang terkenal, Shila Amzah dan Jaclyn Victor saban minggu dalam program terbabit.
“Dua juara? Netizen cakap? Mana ada. Okey… lagi satu saya nak terangkan sebagai ketua juri, saya tiada hak untuk letakkan nombor satu dan dua.
“Kita ada tiga juri. Kalau ada seri (sama markah), mungkin penentuan saya buat.
“Ya, tapi atas persetujuan semua. Saya tiada kuasa nak masukkan dia (peserta) kat itu ini. Tidak!,” katanya pada sidang media selepas selesai konsert separuh akhir GV9, Ahad lalu.
Kedudukan selepas konsert separuh akhir GV9 itu menyaksikan Jaclyn mengungguli kedudukan teratas dengan markah 84.35 peratus, manakala Shila di tempat kedua dengan 79.20 peratus.
Dalam perkembangan sama, Ramli serta dua juri lain iaitu Hetty Koes Endang serta Datuk Syafinaz Selamat bersetuju sekiranya GV akan diteruskan pada masa depan.
Mereka berpendapat banyak manfaat dan kelebihan program ini untuk artis terutama memperbaiki kelemahan yang ada dalam nyanyian, selain dapat mengumpul lebih ramai peminat dan penyokong.
KREDIT: KOSMO, ASTRO GEMPAK
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia
Sumber : limauasamboi
Be the first to comment on "Ramai Dah Jangka Jaclyn Victor Akan Dinobatkan Juara GV9, Ini Penjelasan ‘Berani’ Ramli Ms"