Neelofa Tak Dapat Berangkat Ke Makkah, Ini Puncanya Yang Menyebabkan Ramai Tak Boleh Tolong

Pengacara Neelofa mendedahkan perjalanannya untuk menunaikan ibadah haji bersama jemaah lain tergendala selama dua hari kerana mempunyai masalah visa.

Walaubagaimanapun, menurut Neelofa, masalah tersebut telah dapat diselesaikan dan mereka dijangka akan berangkat ke Makkah hari ini.

“Mungkin ramai yang belum tahu yang saya dan ramai jemaah lain tak dapat berangkat ke Jeddah dua malam lepas atas masalah visa.

“Alhamdulillah setelah hampir dua hari, akhirnya masalah visa diselesaikan dan Insya-Allah akan ke Makkah esok,” tulisnya. 

Pemilik nama Noor Neelofa Mohd Noor itu berkata, masalah terbabit dapat diselesaikan disebabkan ramai pihak yang telah menolongnya.

Namun, Neelofa tidak mendedahkan nama mereka yang telah membantu menyelesaikan isu tersebut.

“Ramai yang sudi membantu dan selesaikan dengan penuh ikhlas. Tak pasti jika tuan-tuan badan bagi keizinan untuk saya sebut satu persatu, dengan bantuan mereka Allah permudahkan untuk saya menjadi tetamu-Nya sekali lagi,” tulisnya lagi.

Perkongsian itu telah dibuat menerusi Instagram Stories miliknya namun telah dipadamkan selepas beberapa minit.

Neelofa bersama ahli keluarganya sepatutnya berangkat menunaikan ibadah haji pada 4 Ogos lalu.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Always love creating new memories on @meletop ..

A post shared by Noor Neelofa Mohd Noor (@neelofa) on

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

🖤

A post shared by Noor Neelofa Mohd Noor (@neelofa) on

Sumber : Gempak

Apa komen anda?