Hebat otai kita selamat timang anak perempuan. TAHNIAH!

Datuk Jamal Abdillah yang dikenali sebagai Raja Pop Malaysia diketahui telah mendirikan rumah tangga bersama isterinya iaitu Datin Zai Izzati Khiruddin pada 1 April 2017 yang lalu. Ia merupakan perkahwinan keempat beliau dan sepanjang dua tahun tempoh perkahwinan, isterinya itu pernah mengalami keguguran sebanyak tiga kali sepanjang perkahwinan beliau.

Namun, penantian buat pasangan itu telah berakhir apabila isteri kepada Raja Pop Malaysia itu selamat melahirkan seorang bayi perempuan, semalam. Anak perempuan mereka diberi nama Nur Azura Yamani oleh beliau. 

Merujuk laporan Harian Metro, Jamal berkata isterinya selamat melahirkan anak perempuan mereka secara pembedahan di sebuah pusat perubatan swasta yang terletak di Shah Alam.

Katanya, terdahulu Zai Izzati telah dimasukkan ke wad bersalin pada Rabu lalu sebelum bayi perempuan yang bernama Nur Azura Yamani itu selamat dilahirkan pada petang semalam.

“Alhamdulillah, ia adalah anugerah terindah daripada Allah SWT kerana sudah lama saya menanti kehadiran cahaya mata perempuan sekali gus melengkapkan rumah tangga.” kata beliau.

Datin Zai dimasukkan ke wad bersalin semalam (Rabu) iaitu pada jam 5.35 petang tadi (semalam), pembedahan selamat dijalankan.

Menurut Jamal, anaknya dilahirkan dalam keadaan yang sihat dan mempunyai wajah yang seiras dengan dirinya. Buat masa sekaran, isterinya akan ditahan di wad untuk beberapa hari sebelum menjalani tempoh berpantang di rumah mereka yang terletak di Shah Alam.

“Saya bersyukur isteri selamat melahirkan bayi perempuan kami yang sihat, putih melepak dan seiras wajah saya seberat 2.7 kilogram.” kata beliau.

Maklumlah, isterinya melahirkan anak secara pembedahan dan doktor mahu memastikan keadaannya okey dulu sebelum pulang ke rumah.

Isterinya juga akan menjalani tempoh berpantang di kediaman kami di Shah Alam selepas keluar dari wad.

Apa komen anda?