[Video] Gadis kudung pakai tudung guna kaki jadi viral, netizen terpegun dan kagum!

Biarpun dilahirkan tanpa tangan, bukan bermakna tidak mampu melakukan kerja dan hanya perlu menagih simpati daripada orang lain.

Namun menerusi video yang dimuat naik dalam Youtube, membuatkan kami membuka mata kami dengen kecekalan dihadapi Nor Farrah Syahirah Shah yang tidak mempunyai anggota badan itu.

Dalam video itu, wanita kelainan upaya (OKU) itu menunjuk cara dia menggunakan kaki untuk memakai hijab dengan kemas.

Video yang dikongsikan di Youtube oleh Azmiah Mahmud. Nor Farrah Syahirah dari Kolej Komuniti Teluk Intan dijemput ke SMK Toh Indera Wangsa Ahmad, Batu Gajah Perak untuk memberikan motivasi kepada pelajar-pelajar Tingkatan 3 untuk satu Program Pasca PT3. 

Dia menceritakan liku-liku kehidupannya sebagai OKU dari kecil sehingga kini dan  boleh berdikari untuk meneruskan kehidupan beliau. 

Video berkenaan menunjukkan bagaimana dia memakai tudung shawl dengan begitu kemas. Kagum dengan ketabahannya yang boleh dijadikan sumber inspirasi kepada anak.

Video itu turut mendapat perhatian netizen yang meninggalkan komen-komen positif di perkongsian tersebut.

Jadi, yang sempurna anggota badan itu, jangan malas dan jangan nak jadi peny4mun!

Apa komen anda?