Akhirnya Datin Alyah buka mulut bila Nabil dan Jihan Muse selalu `bahan` semasa dalam GV, memang tak sangka

PENYANYI terkenal, Datin Alyah tidak pernah terasa hati atau menyimpan dendam terhadap pengacara program Gegar Vaganza, Nabil Ahmad dan Jihan Muse.

Alyah, 38, atau nama sebenarnya Noor Hasliah Abu Hasan berkata, dia tidak kisah meskipun sering menjadi bahan usikan dengan suaminya, Datuk Ramli MS.

“Macam musim kali ini baru minggu pertama saya tengok. Selebihnya saya ada kerja. Tapi saya dapat banyak mesej peribadi (DM) di Instagram. Jadi dapat tahu dari situ mereka membahan atau mengenakan saya.

“Tak pernah berasa geram atau marah pun. Sebab sudah enam tahun kena perkara sama. Macam-macam mereka cakap, tapi saya di rumah okey saja.

“Kadang saya tanya juga Tok Ram, kenapa nak kena buat macam tu. Dia cakap, benda macam itu jangan ambil hati. Saya sebenarnya malas ambil tahu pun hingga tak tahu nak beri reaksi apa. Mungkin sebab sudah biasa kan,” katanya kepada Harian Metro.

Alyah yang muncul dengan single Meluruh berkata, baik Nabil atau Jihan, kedua-duanya tidak pernah menghantar mesej secara peribadi untuk minta maaf.

“Nabil dan Jihan tak pernah pun mesej untuk cakap maaf. Sebab saya anggap mereka bergurau.

“Saya kenal Nabil sejak dia dalam Raja Lawak lagi. Kalau diberi peluang balas balik, banyak saya boleh buat. Tapi itu kerja mereka, jadi saya biar saja.

“Saya juga tak ambil hati atau simpan dendam. Cuma orang sekeliling banyak beri tekanan, sedangkan saya okey saja,” katanya.

Perkembangan lain, lagu nyanyian Alyah iaitu Jutaan Purnama terpilih ke peringkat Separuh Akhir Muzik Muzik 34 (SFMM34).

Lagu ciptaan sepenuhnya Ezra Kong, Hael Husaini dan Omar K itu bertanding pada minggu ketiga, 29 November ini.

SFMM34 minggu pertama bermula pada 15 November dan kedua pada 22 November.

Sumber Hmetro

Apa komen anda?