Foto ‘mesra’ dengan Zul Ariffin, sekali lagi komen tunang Intan Najuwa yang tak disangka

KONTROVERSI foto mandi laut pelakon Intan Najuwa bersama pasangan gandingannya Zul Ariffin mencetuskan pelbagai reaksi di laman sosial.

Rata-rata pengguna laman sosial beranggapan aksi pelakon utama drama Setelah Ku Dimiliki itu keterlaluan terutamanya Intan yang sudah bergelar tunangan orang.

Bagaimanapun, tunang kepada pelakon Intan Najuwa, Razrul Anwar Rusli, 38, yang dihubungi mStar berpendapat bahawa sesiapapun berhak menyatakan pandangan mereka terhadap isu berkenaan.

“About the photos ? Sorry… saya tiada apa nak komen.

“This is free country. People can talk what they want. Saya tak nak tambah-tambah komen. Nanti lagi macam-macam,” katanya.

Intan dan Razrul bertunang dalam sebuah majlis di Johor Bahru pada 18 Ogos lalu bersempena hari jadi pelakon itu yang ke-22.

Pada Khamis, foto mandi laut Intan dan Zul Ariffin tersebar di media sosial sehingga ada yang beranggapan ia salah satu gimik bagi meraih rating drama lakonan mereka.

Bagaimanapun, pengarah terkenal Osman Ali menafikan babak mesra itu berkaitan dengan adegan dalam drama berkenaan.

Osman berkata, gambar-gambar itu juga bukan daripada ‘footage’ adegan bulan madu membabitkan watak Adriz dan Sarra.

“Saya terkilan kenapa ada pihak sengaja nak sebar dan tularkan gambar berkenaan. Saya kalau boleh tidak mahu ada elemen sebegitu dalam drama.

“Bagaimanapun, saya sudah dapatkan kepastian daripada semua pihak yang terbabit di lokasi dan jelas tiada langsung penggambaran terbabit dalam adegan drama Setelah Ku Dimiliki,” katanya.

Bagaimanapun usaha untuk mendapatkan kenyataan Intan atau nama sebenarnya Intan Najuwa Abdul Wahid, 22, mengenai foto tersebut masih tidak berjaya.

Menerusi laporan mStar pada 15 Oktober lalu, Intan memberitahu dia tidak berniat untuk menimbulkan kontroversi selepas foto mesra bersama pelakon Zul Ariffin menerima kecaman netizen.

Pelakon yang mula dikenali menerusi drama Kekasih Paksa Rela itu pernah memberitahu bahawa dia masih tahu menjaga batasan dan mempunyai limit tertentu dengan pelakon-pelakon lelaki gandingannya.

Dalam pada itu, Razrul menerusi laporan mStar pada 18 Oktober lalu, berkata, dia dalam proses membimbing pelakon itu demi kebaikan masa depan mereka selepas bergelar suami isteri.

Bagaimanapun, tanggungjawab itu dilakukan tanpa sebarang paksaan kerana memahami kerjaya wanita itu.

Sumber Mstar

Apa komen anda?