“Ayah… tolong abang ayah!” – Aliff Aziz bergelut dengan polis, rayu pertolongan bapa

BAHARU seketika menyepi, nama pelakon Aliff Aziz kembali menjadi sebutan netizen di media sosial apabila tersebar rakaman video aktor tersebut ditangkap pihak polis di Singapura.

Menerusi laman Twitter, seorang pengguna @HzrqHalim telah memuat naik rakaman video berdurasi satu minit itu dan mengundang pelbagai spekulasi dalam kalangan netizen.

Rata-rata netizen meluahkan rasa terkejut dan ingin mengetahui situasi sebenar yang berlaku di sebalik kejadian tersebut.

Video berkenaan telah mendapat perhatian netizen yang tertanya-tanya mengenai kejadian sebenar yang berlaku.

Pelbagai andaian telah dikeluarkan namun setakat ini kami belum mendapat sebarang pengesahan mengenai kejadian dan selebriti yang terlibat dalam video tersebut.

“Apa yang berlaku ni, makin lama makin kasihan dengan Aliff ni?

“Apa hal ni? Buat hal lagi ke? kena tangkap lagi ke?

“Tengah shooting drama pukul 6 ke tu?,” komen netizen.

Dalam rakaman tersebut, Aliff dilihat bergelut dengan beberapa anggota polis dan kedengaran dia menghubungi bapanya bagi mendapatkan bantuan.

Bekas suami kepada Bella Astillah itu menjerit-jerit memberitahu ayahnya menerusi telefon bahawa ada orang sedang memukulnya.

Buat hal lagi ke?

Drama melayu pukul 6

Video berkenaan tular di Twitter dan menerima lebih 130,000 tontonan dan dikongsi lebih 6,000 pengguna.

Bagaimanapun sehingga kini masih belum ada maklumat mengenai kejadian tersebut.

Kenapa tu alif .kau betul nye gung-ho sampai berapa ramai polis dtg setakat nak tangkap kau😂😂

Sumber: Twitter, YouTube

Apa komen anda?