Sharifah Sakinah jelaskan kenapa dia berani membawa pelajar tahfiz keluar menonton wayang

BERIKUTAN membawa sekumpulan kanak-kanak tahfiz menonton wayang filem seram Pusaka Sabtu lalu, pelakon Sharifah Sakinah dikritik netizen yang berasa kurang senang dengan niat baiknya.

Sakinah menerusi kenyataan yang dimuat naik di Instagram berkata, dia tidak menyangka perkara itu menjadi perhatian netizen hingga ada yang salah faham.

“Saya minta maaf jika menyinggung sesiapa. Ia bermula dengan niat baik tetapi tak sangka pula jadi kontroversi,” katanya.

Menurut Sakinah, sebelum membawa pelajar tahfiz terbabit keluar, dia terlebih dahulu mendapatkan kebenaran daripada pengurusan sekolah mengenai aktiviti yang dirancang.

“Saya mendapat lampu hijau daripada pihak pengurusan tahfiz. Saya bawa mereka menonton dan makan di luar, pada masa sama menyokong filem tempatan yang bagus.

“Kalau sekadar beli satu atau dua tiket ia tidak mencukupi untuk membantu filem tempatan. Jadi saya terfikir untuk bawa pelajar tahfiz sekali gus dapat menggembirakan kanak-kanak ini.

“Mereka suka Pusaka kerana filem ini berkaitan agama dan jin. Ada mesejnya di situ,” kata Sakinah.

Terdahulu,

Sharifah Sakinah Dikecam Bawa Pelajar Tahfiz Tonton Wayang

Sabtu lalu seluruh umat Islam menyambut hari kelahiran Nabi Muhammad SAW. Seperti kebiasaannya, saban tahun acara seperrti perarakan dan ceramah diadakan bagi meraikan sambutan hari Maulidur Rasul.

Namun, berbeza dengan pelakon Sharifah Sakinah membawa sekumpulan pelajar tahfiz menonton wayang bersama dengannya. Bukan itu saja, Sakinah turut membelanja semua pelajar tahfiz tersebut menikmati makanan segera.

Sakinah turut berkongsikan fotonya bersama kesemua pelajar tahfiz berkenaan dan jelas terpancar kegembiraan di wajah mereka.

Bagaimanapun, niat Sakinah untuk menggembirakan anak-anak tersebut dipersoal dan dikecam netizen. Malah, ada yang mengatakan tidak sesuai membawa pelajar tahfiz ke tempat tersebut.

Tidak kurang juga ada yang mengatakan banyak lagi aktiviti yang boleh menggambarkan kebesaran Allah serta mendoakan agar pelakon itu diberi hidayah.

Meskipun dikecam, ramai netizen mempertahankan pelakon itu serta memintanya supaya tidak mengendahkan kritikan negatif. Tidak hanya berdiam diri, menerusi Insta Story, Sakinah dilihat membalas kritikan netizen.

Sumber Hmetro , Rotikaya

Apa komen anda?