PENYAMPAI Radio Suria FM iaitu Feeya Iskandar berasa berasa lucu apabila netizen menyangka dia sedang hamil gara-gara ternampak seakan-akan ‘baby bump’ menerusi foto yang dimuat naik di Instagram.
Feeya atau lebih dikenali sebagai Cik Piah, 29, berpendapat bahawa netizen begitu teruja sehingga tidak dapat membezakan ‘baby bump’ dan ciri fizikal perut yang buncit.
“Rasa kelakar tau. Kalau buncit tu pregnant?
“Mungkin orang confuse tak reti nak bezakan ‘baby bump’ dengan buncit. Lagipun dah beranak, orang perempuan biasalah perut tu buncit sikit. Tak sempat nak buat sit up,” katanya sambil tertawa ketika dihubungi mStar.
Feeya diminta mengulas mengenai tindakannya memadam sebuah foto memperlihatkan perutnya seakan-akan menayangkan ‘baby bump’.
Rata-rata netizen membuat spekulasi sendiri dengan memberikan ucapan tahniah di ruangan komen foto berkenaan.
Dalam pada itu, Feeya kemudian memuat naik sebuah lagi posting bagi menjawab persoalan netizen berkaitan sangkaan netizen itu.
Jelasnya, dia tidak merancang untuk hamil dalam masa terdekat untuk memberikan perhatian lebih kepada cahaya matanya yang kini berusia dua dan satu tahun.
“Saya delete gambar tu sebab rasa annoying la, orang ucap-ucap tahniah bagai. Gambar kedua yang saya upload tu angle betul, posture betul. Dapatlah saya buktikan pada netizen yang saya ni tak hamil sebab kalau pregnant, mana boleh sorok perut.
“Buat masa ni, saya tak rancang lagi nak hamil. Sebab anak pertama dengan kedua tu rapat. Jadi, saya nak fokus lebih pada mereka,” ujarnya.
Sumber Mstar