ALI PUTEH DIKECAM KERANA MASIH BERADA DALAM MAHARAJALAWAK MEGA SEDANGKAN ANAK SAKIT. INI LUAHAN KECEWA ALI PUTEH

Pelawak yang juga anggota kumpulan Puteh, Ali kecewa dituduh tidak mengambil berat tentang anaknya hanya kerana masih meneruskan perjuangan di pentas Maharaja Lawak Mega (MLM) 2019.

Ali ketika dihubungi Gempak memohon agar tohmahan tidak berasas terhadap dirinya dan anak, Sharifah Nur Ainul Mardhiah.

“Tolonglah jangan ‘judge’ dan bercakap benda yang tidak berasas. Kalau tidak tahu apa-apa lebih baik diam.

“Letakkan diri anda di tempat saya. Apa anda akan buat? Anda akan terus bekerja kan? Melawak adalah kerja saya.

“Saya bukan suka-suka di pentas MLM2019. Saya cari duit. Untuk anak-anak dan keluarga saya. Tanpa duit bagaimana saya nak cari duit untuk biaya perubatan anak saya?” luahnya kecewa.

Bagaimanapun kata Ali, dia tidak menyimpan dendam kepada mereka yang telah melemparkan tohmahan terhadap diri berharap agar golongan tersebut muhasabah diri.

ALI hanya mengharap keajaiban daripada Allah untuk melihat anak keduanya kembali pulih. – Foto IG Ali Puteh

“Muhasabah diri dan insaflah. Jangan nilai kehidupan orang lain tanpa tahu apa masalah yang dihadapi orang lain. Takkanlah saya nak cerita semua masalah saya?

“Saya maafkan mereka, tetapi saya tidak akan maafkan jika mereka ini berlebih-lebih mengaitkan anak saya.

“Hormat keadaan saya dan keluarga saya…Tolonglah,” katanya.

Dalam pada itu, Ali turut memuat naik posting di laman sosial Instagram (IG)nya memberitahu dia bersama Puteh akan meneruskan perjuangan di MLM 2019 walau dalam keadaan perit.

“Saya kena kuat! Demi mencari rezeki untuk adik Ainul. Saya kena kuat! Doakan saya dapat buat anda terhibur di Maharaja Lawak Mega Jumaat ini, walaupun dalam keadaan yang amat-amat perit…Demi adik, Walid kena kuat,” tulisnya.

Sumber : GEMPAK

Apa komen anda?