Dato Red kongsi `screenshot` di IG, ini yang bakal terjadi antara beliau dan Adira

NAMPAKNYA masalah rumah tangga penyanyi Adira dapat dipulihkan apabila suaminya, Datuk Seri Adnan Abu memberi gambaran hubungan mereka bakal baik seperti sedia kala.

Menerusi Instastory, Datuk Seri Adnan atau lebih mesra disapa Datuk Red berkongsi paparan skrin perbualan seorang wanita dikenali sebagai Fira memberitahu bahawa Adira berkemungkinan menarik balik permohonan cerai yang difailkan sebelum ini.

“Alhamdulillah… Adira nak tarik balik perceraian itu, Adira rasa untuk anak-anak, Adira tak nak bercerai. Terima kasih Fira,” tulis pada paparan skrin perbualan Whatsapp tersebut.

Mesej tersebut dipercayai merupakan sebahagian teks perbualan antara Adira dan wanita yang tidak dapat dikenalpasti identitinya.

Usaha mStar untuk mendapatkan pengesahan lanjut daripada Adnan tidak berjaya apabila panggilan telefon dan mesej yang dihantar gagal diterima.

Pada Khamis lalu, mStar melaporkan Adira memberitahu dia masih menghormati Adnan kerana mereka masih suami isteri yang sah.

Malah, dia berpendapat sebarang kemungkinan boleh berlaku kerana proses perceraian itu sedang berlangsung.

“Mengenai hal itu saya tak boleh nak cakap banyak kerana apa-apa sahaja boleh berlaku dan benda pun masih dalam proses.

“Yang pasti, saya tak pernah menghalang dia daripada berjumpa anak-anak. Lagipun dia masih lagi suami, jadi tak semestinya apabila nak bercerai, saya tak hormat dia.

Apapun saya tetap dengan pendirian dan saya tak mahu bergaduh. Sebab itu saya tidak memilih untuk membuka apa-apa cerita. Harap semuanya berjalan dengan lancar,” katanya.

Adira sebelum ini memfailkan permohonan cerai melalui kaedah hakam dan prosiding pelantikan pegawai mahkamah itu sepatutnya berlangsung pada 9 Oktober lalu namun ditangguhkan.

Susulan itu mahkamah menetapkan 17 Disember depan sebagai hari sebutan kes bagi permohonan cerai berkenaan.

Adira dan Datuk Red berkahwin di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua.

Pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata.

Sumber Mstar

Apa komen anda?