Suami tak mahu cerai Lufya dan Lufya berasa pelik kerana sebelum ini lain yang jadi sehingga mahkamah terpaksa buat sesuatu

KEMELUT rumah tangga pelakon Lufya Omar terus berpanjangan apabila suaminya, Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum enggan mencera4ikan isterinya itu.

Sehubungan itu Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari di Petaling Jaya memerintahkan pasangan itu melantik ahli jawatankuasa pendamai (JKP) dalam kes penceraian berkenaan.

Sehubungan itu Hakim Syarie Shukran Yusof menetapkan 10 Disember depan untuk kedua-dua pihak melantik wakil JKP mereka.

Sebelum ini Lufya atau nama sebenarnya Lutfyah Sheikh Omar, 34, selaku plaintif memfailkan permohonan cerai mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Pada prosiding yang berlangsung pada Isnin, Lufya yang juga bintang Akademi Fantasia diwakili peguam syarie Fadhlina Siddiq manakala Dr Che Muhammad Hafiz diwakili peguam Muhammad Hilmi Musa.

Lufya ketika ditemui di luar mahkamah meluahkan rasa pelik apabila suaminya enggan meneruskan penceraian.

“Pelik, sebelum ini Hafiz sudah hebohkan dia dah ceraikan saya melalui Whatsapp namun tiba-tiba hari ini dia enggan meneruskan prosiding tersebut,” katanya kepada mStar.

Sementara itu Dr Che Muhammad Hafiz juga enggan mengulas mengenai keputusannya untuk menolak permohonan cerai yang difailkan Lufya.

“Saya tak dapat ulas lebih lanjut mengenai keputusan hari ini, saya hanya mengikut nasihat daripada pihak peguam.

“Jawatankuasa pendamai pun saya tak dapat dedahkan buat masa kini,” katanya.

Lufya dan Dr Che Muhammad Hafiz mendirikan rumah tangga pada 26 November 2016.

Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata bernama Laana Haura yang kini berusia dua tahun.

Sumber Mstar

Apa komen anda?