Rezeki setiap orang adalah berbeza, ada yang bekerja keras, rezekinya lebih. Kalau yang biasa-biasa mungkin rezeki dia luar biasa. Itu semua milik dan ujian Allah. Kita perlu tahu, di dunia hanya ujian bagi kita.
Walau berat ujian itu, tidaklah diuji melainkan sekadar kemampuan kita. Jangan berputus asa, teruskan berdoa dan tawakal.
Seperti perkongsian daripada seorang lelaki ‘istimewa’ dimana dia tidak mempunyai kaki dan tangan yang sempurna tetapi dengan kecekalan diri sebagai ‘ketua keluarga’, dia sanggup berkorban.
Pemilik Facebook, Pak Busu memuat naik satu kiriman di laman Facebooknya mengenai pelanggan di bengkelnya semakin berkurang kerana katanya pelanggan kesian tengok keadaan dirinya.
Patutler org tak nak hantar kereta ke bengkel saya untuk direpair. Rupa rupanye orang kesian tengok saya buat keje. Jangan kesiankan saya.
Sepatutnye korang semua, kesiankan anak bini saya nak makan ape nanti. Ini dah tanggunggjawab saya buat keje. Cari rezeki bagi anak bini makan, bagi duit perbelanjaan anak sekolah harian, bayar bil api air, bayar sewa rumah dan macam-macam lagi.
Sape-sape yang kereta rosak tu, hantarlah ke bengkel “Im auto garage”. Bagi saya buat keje, dapatler saya bagi anak bini makan untuk meneruskn kehidupan nie.
Kegigihan yang ditunjukkan olrh Pak Busu sememangnya memberi inspirasi kepada orang di luar sana tentang kekurangan diri tidak bermakna tidak boleh berjaya.
Rata-rata netizen meninggalkan komen yang pelbagai serta doa untuk Pak Busu dan keluarga.
“Semoga dipermudahkan segala urusan n dimurahkan rezeki Pak Busu”
“Lihat la betapa teguhnya Pak Busu… orang-orang yang lengkap kaki tangan malas nak bekerja nak merompak je kerja”
Sumber: Pak Busu