“Ya Allah… Pad dia period tu sampai jadi hitam bekas darah…”
“Binatang apa yang hidup dalam sampah macam ni”
“Ni manusia ke jin”
“Gelilah.. Pengotor betul”
“Ni rumah ke tempat pembuangan sampah”
Itu antara komen netizen apabila melihat gambar-gambar sebuah rumah sewa di Kota Tinggi, Johor, sebelum dibersihkan.
Gambar yang dimuat naik oleh sebuah syarikat servis membersih rumah, Shazara Smart Enterprise menjadi tular apabila gambar rumah tersebut sebelum dibersihkan kelihatan begitu menjijikkan dengan keadaan lantai bersepah dipenuhi sampah-sarap, botol plastik kosong dan tuala wanita yang telah digunakan.
Ini bukanlah kali pertama gambar rumah sewa tempatan tular di media sosial akibat perbuatan penyewa yang pengotor. Lebih menghairankan apabila kebanyakan kejadian ini dikaitkan dengan penyewa wanita, apa sudah jadi?
Hanya tinggal sebulan untuk kita melangkah menuju ke tahun 2020, namun adakah mentaliti dan sikap orang kita masih di takuk yang lama?
Sumber Cari