“Tak mampu bagi menantu lagi..” – Bapa senyum simpul, anak hadiahkan Iphone 11

Kasih sayang merupakan satu perasaan yang menghubungkan keakraban seseorang. Lebih-lebih lagi hubungan antara anak dan ibu bapa.

Kebiasaannya, kita kerap mendengar ibu bapa menghadiahkan anak-anak mereka sesuatu benda sebagai tanda menghargai usaha keras anak terutamanya ketika musim peperiksaaan.

Kejutan buat ayah

Namun begitu, berlainan pula dengan satu perkongsian ini yang mana anaknya menghadiahkan bapa tercinta sebuah telefon pintar Iphone 11 yang menjadi kegilaan ramai ketika ini.

Menerusi muat naik yang dibuat oleh seorang pengguna Twitter dikenali sebagai Amsyarnaif, dia telah membuat kejutan kepada bapanya dengan menghadiahkan sebuah Iphone 11.

Menurut perkongsian Amsyar, secara kebetulan bapanya telah datang ke Kuala Lumpur dari Kota Bahru dan ketika menghantar bapanya ke lapangan terbang untuk pulang ke Kota Bahru semula, dia telah menghadiahkan telefon tersebut yang diletakkan di dalam dashboard kereta.

Senyum tak lekang dari bibir bapa

Reaksi bapanya begitu teruja dan tersenyum gembira walaupun tidak terlalu kelihatan. Amsyar juga sempat membawa bapanya makan sebelum menghantarnya ke lapangan terbang.

Video macam ni la yang kita mahu tengok!

Sehubungan dengan itu, perkongsian yang dibuat oleh Amsyar telah mendapat perhatian ramai kerana terharu dengan kejutan hadiah yang diberikan kepada bapanya.

Oleh hal yang demikian, rata-rata netizen telah meninggalkan komen dengan menyatakan rasa sebak dengan reaksi bapanya. Mereka juga turut mendoakan agar pemuda tersebut dimurahkan rezeki berikutan membuat bapanya berasa gembira diatas hadiah tersebut.

Contoh yang baik

 

 

 

 

 

 

Semoga murah rezeki anak

 

 

 

 

 

 

 

Sumber : Amsyarnaif

Apa komen anda?