Selepas dapat markah tercorot dalam minggu 7 dan dikatakan `ekstr3m` oleh Ramli MS, Wann akhirnya bersuara

Mendapat markah antara terendah iaitu sebanyak 61 peratus dalam saingan konsert minggu ketujuh Gegar Vaganza musim keenam (GV6), Wann akui tidak rasa kecewa.

Sebaliknya dia cuba sentiasa positif dan menyifatkan cabaran yang hadir setiap minggu adalah suatu persembahan yang perlu disempurnakan.

“Sebenarnya bila sudah sertai GV, saya tidak fikir sangat soal pertandingan akan tetapi saya lebih kepada rasa untuk membuat persembahan di atas pentas.

“Saya tak sedih, ini kan pertandingankan,” katanya sejurus sidang media.

Image result for wann gegar vaganza terlalu memuja"

Pada masa sama, Wann atau nama lengkapnya,Wan Rashidah Meor Abdul Rashid turut mengucapkan terima kasih buat pihak juri yang tidak putus memberikan semangat.

“Terima kasih juga buat pihak juri yang berikan semangat. Saya tidak kisah, menyanyi adalah kerjaya saya. Bukan kerana saya sertai GV andai tersingkir nak rasa sedih. Ini kan pertandingan.

“Apa sahaja lagu saya cuba. Itu saya punya cara, sebab kita dah menyanyi… saya rasa sudah berzaman saya menyanyi. Lainlah kalau saya dari akademi atau baru mungkin boleh diubah.

“Jadi saya tak tahu nak buat macam mana. Cuma saya ikut saya punyai stail sajalah,” jelasnya lagi.

“Kalau nak cakap saya ekstrem, ya saya memamg over! Saya menyanyi ikut apa yang saya mahu nyanyi,” ujar Wann.

Dalam persembahannya menerusi lagu Terlalu Memuja (Wany Hasrita), Wann mendapat komen daripada juri bahawa ekspresi nyanyiannya terlalu ekstrem hingga menjejaskan sebutan lirik lagu terbabit.

Malah, persembahan Wann meletakkannya di kedudukan tercorot antara kesemua sembilan bintang GV2019 yang masih bertanding.

Terdahulu, GV6 yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shah Alam kini dilanjutkan dari lapan minggu ke 11 minggu dan ia diumumkan secara langsung ketika segmen Ada Lagu Ada Lagi.

Malah, konsert saingan minggu ketujuh itu juga menyaksikan sembilan peserta berjaya mara ke pentas minggu hadapan.

Selain Wann yang berkongsi peratusan sama dengan Sham Visa, Nurfatimah turut berada di kedudukan tiga terendah iaitu dengan 63 peratus.

Sementara itu, persembahannya menerusi lagu Terlalu Memuja nyanyian asal Wany Hasrita, mendapat komen juri bahawa ekspresi nyanyiannya agak ekstrem hingga menjejaskan sebutan lirik lagu.

GV6 yang dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse bersiaran secara langsung menerusi Astro Ria dan Ria HD. Pengacara terkenal, Datuk Aznil Nawawi pula menduduki kerusi juri jemputan, minggu ini.

Apa komen anda?