Kerana Komen Pantang Dulu-Dulu Tak Bagus, Ini Komen Pedas Warganet Pada Dr Amalina

Isu berpantang selepas bersalin memang menjadi kepantangan rata-rata orang Malaysia (terutama di Facebook) untuk disentuh.

Apatah lagi bila ditegur cara tradisi sudah tidak lagi sesuai oleh pengamal perubatan seperti Dr.Amalina dan Dr.Imelda Bacin, ramai yang kepanasan hingga menjawab sarkastik serta mendoakan yang buruk-buruk kepada mereka ini.

Dr.Amalina berkongsi antara komen yang menyeranahnya.

Bagi Amalina sendiri, niatnya bersama Imelda adalah untuk memastikan ibu-ibu mendapat khasiat menerusi pemakanan dan bukannya diet ketat hingga menjejaskan kualiti gaya hidup mereka sendiri.

Pengambilan telur, ikan, sayur dan buah-buahan adalah untuk kebaikan ibu juga. Dan bukannya hanya makan nasi dan ikan sahaja, tanpa sayur dan buah-buahan.

Namun apa yang diambil oleh warganet di Facebook ialah golongan ini tidak sayangkan badan mereka. Malahan ada yang tidak sabar untuk melihat Amalina bersalin seterusnya menantikan kesan buruk bila tua nanti.

“A bit hypocrite isn’t it? Amalan hidup sihat sepanjang hayat tak nak buat (kurang gula, kurang garam, exercise , healthy balanced diet etc etc) tapi pantang lepas bersalin je buat, then lepas habis pantang terus makan tak ingat dunia.”

Ini kerana ramai ‘makcik bawang’ berpantang dengan cara tidak betul. Menyekat segala-galanya ketika pantang bersalin kemudiannya makan sepuas-puasnya apabila ‘merdeka’.

Ramai yang menasihatkan Amalina mengabaikan komen tersebut kerana tiada apa yang boleh dilakukan untuk menasihatkan mereka.

Sumber Twitter

Apa komen anda?