SUAMI kepada Sheila Rusly iaitu Jinggo berkata, isterinya mengambil keputusan untuk mengundur diri buat sementara waktu disebabkan rasa kecewa terhadap orang dalam industri.
Menurut Jinggo atau nama sebenarnya Azman Yahya, Sheila telah meluahkan beberapa perkara yang mendorong wanita itu memendam perasaan sehingga nekad untuk berehat.
“Pagi ini, sis (Sheila) cakap pada teman (saya), ‘since saya nak mengundurkan diri sementara waktu ini, saya nak cakap apa yang terpendam dalam hati fasal orang-orang dalam industri.
“Dulu saya simpan sebab nak jaga sensitiviti dan nak jaga hati mereka. Sekarang saya dah bersedia nak cakap, kalau saya di blacklisted atau diboikot, saya dah bersedia.
“Sebab itu saya nak mengundurkan diri sebelum mereka campak proposal saya. Proposal JS Pictures atau yang ada kena mengena dengan nama Sheila Rusly dalam tong sampah,” tulisnya menerusi Instagram.
Sebelum ini, Sheila Rusly menerusi Instagram memberi bayangan seakan-akan mahu mengundur diri dariapda industri seni.
Pengumuman itu dimuat naik selepas Anugerah Skrin 2019 berlangsung menyaksikan drama terbitannya, Pia menang anugerah Pelakon Wanita Terbaik Drama Rantaian menerusi aktres Zara Zya dan Pelakon Wanita Terbaik Drama (Nabila Huda) menerusi drama Dia Tak Berdosa pada 1 November lalu.
Dalam pada itu, Jinggo memberitahu isterinya yang juga penerbit drama itu enggan menerima sebarang anugerah jika diberikan ketika dirinya sudah meninggal dunia.
Jinggo berkata Sheila turut berpendapat anugerah seperti itu tidak bernilai selepas individu itu tiada lagi dalam industri seni.
“Sis berpesan lagi pada tok sidang, esok bila saya tak ada, tiba-tiba ada orang nak bagi anugerah pada saya, awak suruh anak-anak ambil.
“Ucap terima kasih selepas itu anugerah bagi balik, kata pada mereka, kalau nak beri anugerah pada mama saya, beri masa dia hidup.
“Kalau dah mati, anugerah itu dah tak ada nilai. Adehhh… Kelakar sedih pula hati teman ni,” katanya.
Sumber Mstar