Rosyam Nor Terpaksa Sekat Kemasukan Pelanggan Di Pasaraya

Pelakon dan usahawan Datuk Rosyam Nor terpaksa menyekat kemasukan pelanggan di pasaraya miliknya semalam.

Menurut Rosyam tindakan itu terpaksa diambil berikutan pembelian p4nik yang dilakukan oleh orang ramai susulan berita mengenai kononnya kerajaan bakal mengumumkan perintah berkurung atau l0ckdown.

Rosyam memaklumkan perkara itu menerusi video pendek di akaun Instagramnnya.

“Saya tahu semua tiba-tiba jadi p4nik dan datang beramai-ramai, saya harap anda semua boleh bersabar kerana dalam pasaraya dah penuh.

“Kalau kita bagi semua orang masuk akan jadi lagi padat dan akan menyebabkan kesukaran untuk membeli barang nanti jadi kelam-kabut.

“Minta maaah sebab keadaan dah jadi macam ni jadi kami terpaksa tahan orang dekat luar supaya tak masuk dalam agar tidak menjadi terlalu padat,” katanya.

Terdahulu, penyebaran berita palsvu di media sosial mengenai perintah berkurvng menjadi tul4r.

Keadaan itu menyebabkan orang ramai bertindak membeli barang-barang keperluan harian dalam jumlah yang banyak sebagai persiapan antaranya beras, mi segera, sardin, tepung dan cecair pembasmi kuvman.

Bekalan mencukupi

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memberi jaminan bekalan barangan keperluan adalah mencukupi dan orang ramai tidak perlu melakukan pembelian paniik.

Menterinya Datuk Alexander Nanta Linggi berkata beliau sudah mengarahkan kesemua 2,500 pegawai penguat kuasa KPDNHEP di seluruh negara untuk turun padang bagi memastikan pasar raya mengisi semula barangan keperluan dan tidak menaikkan harga.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

SUMBER: musangviral

Apa komen anda?