Terkejut Lagu Ciptaannya Kena ‘Petik’ Dengan PM Muhyiddin Yassin, Ini Respon Eddie Hamid

Komposer berpengalaman, Eddie Hamid, 58, menyifatkan pengumuman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang meminta supaya stesen radio tanah air memainkan lagu Jange Kelik La Weii ciptaannya sebagai kejutuan paling bermakna pernah diraih sepanjang 30 tahun berkarya.

Eddie atau nama sebenar Abdul Hamid Adenan dihubungi berkata ia juga dianggap pencapaian paling besar dalam hidupnya dan akan menjadi kenangan terindah dalam lipatan sejarah kerjaya seni diceburi sejak 1990-an.

” Saya rasa inilah kali pertama dan terakhir yang menjadi lakaran sejarah manis dalam hidup dan kerjaya apabila Perdana Menteri menyebut dengan betul sebuah karya dihasilkan seorang penggiat seni seperti saya.

” Rasa sangat terharu dan tidak menyangka lagu ciptaan saya, Jange Kelik La Weii menjadi pilihan Perdana Menteri untuk rakyat negara ini menyokongnya seiring isu semasa penularan wabak COVlD-19 yang kini masih gigih ditangani pejuang barisan hadapan kita,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Eddie lagi, lagu itu turut mendapat kerjasama rakannya iaitu Aris Kapilla dan Mas Khan termasuk Zulkiffli M Ali yang bergabung untuk penulisan lirik yang menarik.

” Apapun, nasib lagu Jange Kelik La Weii ini sebenarnya di hujung tanduk kerana saya dalam debaran menunggu untung nasib sama ada ia mendapat peluang dimainkan radio atau tidak.

” Ia kerana, lagu Jange Kelik La Weii ini sudah dihantar ke stesen radio sekitar lima hari lalu, namun saya tidak diberi kata putus untuk penyiarannya kerana perlu menunggu pengumuman dibuat Perdana Menteri pada hari ini berkairan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilanjutkan atau tamat.

” Sejujurnya, saya sangat berdebar dan seawal jam 2 petang sudah duduk di hadapan TV untuk menanti pengumuman itu.

” Sebaik Perdana Menteri memaklumkan PKPB dilanjut dan judul lagu saya juga disebutnya, memang tak terkata apa kerana amat terkejut,” katanya.

Dua bulan terkandas di Kelantan

Eddie yang sudah dua bulan terkandas di negeri kelahirannya Kelantan kerana PKP sebelum ini, berharap lagu Jange Kelik La Weii diterima baik pendengar muzik di negara ini meskipun ia dinyanyikan dalam dialek Kelantan.

” Saya harap pendengar tiada masalah untuk memahami lagu ini. Sebenarnya, lagu Jange Kelik La Weii menyokong saranan kerajaan supaya tidak balik ke kampung meraikan Aidilfitri kali ini.

” Ia satu pengorbanan buat kita semua kerana harus beraya di kawasan setempat dan tidak dibenarkan merentas negeri balik ke kampung demi mengekang penularan pendamik Covid-19,” katanya.

Sehubungan itu, video muzik lagu Jange Kelik La Weii yang dilancar awal Mei lalu dimaklumkan Eddie jumlah tontonannya di YouTube naik mendadak sebaik pengumuman dibuat Perdana Menteri itu.

Sebagai ucapan terima kasih tidak terhingga kepada Perdana Menteri, Eddie berkata dia merancang untuk menghasilkan video khas untuk pemimpin negara yang sangat dikagumi rakyat berkenaan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber: LIMAUAIS

Apa komen anda?