Diperintah Bayar Ganti Rvgi RM89,144.03, Ini Tindakan Nelydia Senrose

Pelakon, Nelydia Senrose memfailkan rayuan selepas Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur memerintahkannya untuk membayar g4nti rugi berjumlah RM89,144.03 kepada Chriszen Malaysia Sdn Bhd.

Menerusi carian sistem mahkamah, Nelydia atau nama sebenarnya Nik Zaris Nelydia Nik Sen, 26, selaku perayu, menyatakan Hakim Mahkamah Sesyen terkhilaf terhadap fakta bahawa Perjanjian Duta Jenama bertarikh 21 Disember 2018 telah dipenuhi dan pihaknya masih dalam tempoh untuk menyempurnakan terma perjanjian yang belum tamat tempoh.

Dalam rayuan yang difailkan di Mahkamah Tinggi di sini pada 26 Oktober lalu, Nelydia selaku perayu menyatakan bahawa hakim terkhilaf dalam membuat keputusan tersebut apabila gagal memberikan pertimbangan wajar bahawa perayu telah melaksanakan kewajipannya dalam perjanjian yang dimeterai.

Heroin filem ‘Jebat’ itu juga mengatakan, hakim terkhilaf apabila memutuskan bahawa perayu perlu membayar ganti rugi terhadap majlis responden (acara pelancaran produk) sedangkan syarikat itu telah menerima notis dan mengetahui ketidaklapangannya untuk menghadiri majlis tersebut.

Dalam pada itu, Chriszen Malaysia selaku responden dalam rayuan balas semalam mendakwa hakim terkhilaf dari segi undang-undang dan fakta dengan secara salah memutuskan bahawa kos perkhidmatan sebanyak RM62,275 yang diberikan kepada syarikat bukan sepenuhnya seperti yang dituntut oleh responden sedangkan perayu harus mengembalikan kesemua kos perkhidmatan iaitu RM102,275.

Syarikat kosmetik itu juga mend4kwa bahawa hakim tidak mengambil kira apabila hanya memberikan jumlah ganti rugi khas sebanyak RM16,869 dan ganti rugi am sebanyak RM10,000 sedangkan responden memohon bagi kedua-dua ganti rugi itu RM61,702 kerana mengalami kerug1an dan h1lang reputasi.

Hari ini ditetapkan untuk pengurusan k3s di hadapan Timbalan Pendaftar, Nurliana Ismail melalui prosiding atas lain (e-review). Pada 13 Oktober lalu, Nelydia Senrose diperintah membayar ganti rugi berjumlah RM89,144.03 kepada Chriszen Malaysia Sdn Bhd selepas syarikat kosmetik berkenaan memenangi k3s s4man, berhubung perlanggaran perjanjian sebagai duta jenama produk kecantikan Chriszen, tahun lalu.

Dalam penghakimannya, Shamsudin berkata, Nelydia tidak ikhlas dalam melaksanakan tugasnya sebagai duta jenama produk kecantikan berkenaan. Menurutnya, mahkamah mendapati defendan lebih mengutamakan bulan madu perkahwinannya daripada mematuhi perjanjian duta jenama berkenaan.

Maka katanya, mahkamah mendapati alasan sebenar mengapa beliau tidak menghadiri acara pelancaran produk Chriszen adalah kerana bulan madu dan bukan kerana plaintif (Chriszen) tidak memberi notis secukupnya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by @nelydiasenrose

Sumber: Sinar Harian

Foto: Instagram Nelydia Senrose

Apa komen anda?