Selepas berteka-teki selama empat bulan mengenai status dirinya yang didakwa mendirikan rumah tangga buat kali kelima, akhirnya pelakon Natasha Hudson membuka mulut.
Natasha atau nama sebenarnya Natasha Liana Hudson, 38, mendedahkan dirinya masih lagi berstatus ibu tunggal.
“Sebenarnya saya tak kahwin pun lagi. Tarikh 14 Oktober sebenarnya teaser untuk pelancaran produk tapi tak jadi sebab pandem1k.
“Jadi, bila ada yang nak kecoh-kecoh, terima kasihlah naikkan pengikut saya.
Walhal saya tak cakap apa pun (pasal kahwin), tapi orang buat andaian,” katanya kepada Gempak. Natasha ditemui pada Majlis Pelancaran Crystal C di Menara Kuala Lumpur hari ini yang menyaksikan dirinya dilantik sebagai wajah dan ikon jenama produk.
Terdahulu, pada Oktober, Natasha menimbulkan spekulasi selepas memuat naik sekeping foto seolah-olah memberi gambaran dirinya bakal mengakhiri zaman janda.
Kata Natasha lagi, buat masa sekarang dia tidak memikirkan lagi soal untuk berumah tangga buat sekian kalinya.
“Sejujurnya saya tak bersedia lagi (nak kahwin lain). Proses sembuh yang sebelum ini pun belum selesai.
“Pelbagai jenis lelaki yang cuba mendekati, bahkan ada juga wanita yang siap lamar untuk jadi madu.
“Saya pun tak tahu kenapa mereka berbuat begitu. Mereka mesej di Instagram, saya gelak bila baca,” katanya.
Sebelum ini, Natasha pernah mendirikan rumah tangga sebanyak empat kali, namun kesemua mahligai yang dibina berkec4i.
Kali terakhir Natasha dilaporkan bercer4i pada 2019.Menerusi perkahwinan sebelum ini, Natasha dikurniakan tiga cahaya mata.
Sumber: GEMPAK