Hari Lahir Arwh Abam, Ali Puteh Dedah Rutin Keluarga Buat Ramai Terkejut

Bersempena dengan ulang tahun kelahiran Allahyrham Abam Bocey yang ke-33, pelawak Ali Puteh menitipkan ucapan menerusi sebuah entri di Instagram (IG) miliknya.

“Ali atau nama sebenarnya, Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, 32, menyatakan sudah menjadi rutin keluarganya untuk keluar makan bersama di sebuah restoran mamak.

Walaubagaimanapun, momen itu tinggal kenangan kerana kini dia hanya mampu sedekahkan doa

“Jika kamu masih ada Genap harini umur kamu 33 tahun insan yang bergelar abang.

“Setiap kali hari lahir sapa-sapa ja adik beradik kita mesti open table kedai mamak ja satu keluarga.. cara kita.

“Tapi sekarang semua hanya kenangan abang. Kau dah takda di dunia ni hanya doa yang mampu kami kirim buat mu abang.

“Esok lusa kami pula menyusul kamu di sana. Semoga tenang di alam sana abang,” tulisnya.

Dalam pada itu, akui Ali, arwh abangnya seorang insan yang sangat baik, justeru ramai orang turut sama berduka saat mengetahui berita pemergiannya pada 10 Februari tahun lalu.

“Kau orang yang baik dan tersangat baik pada semua orang. Pemerg1an kau semua orang tang1si.’

“Setiap perbuatan orang pada kau Allah akan balas nanti abang.. Cukup lah hanya kami yang tahu apa yang terjadi pada kau.

“Allah Maha Adil dan Maha Kaya.. Cukup Allah membalasnya nanti. Selamat hari jadi abang. Doa ku kirim buat mu, berjumpa kita suatu hari nanti,” tulisnya lagi

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by SYED ALI MUBARRAK AL JUFRI (@aliputeh_official)

Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Ahmad Ridzuan meninggal dunia akibat demam panas di kediamannya di Gombak, Selangor

Arw4h meninggalkan isteri, Siti Norhidayah Mohd Ali, 29, dan seorang cahaya mata lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang berusia setahun tujuh bulan.

Sumber: GEMPAK

Apa komen anda?