Fify Azmi Terpalit Skand4l ‘Suami Orang’ Lagi?

KUALA LUMPUR: Pelakon filem Wira, Fify Azmi sekali lagi terpalit skand4l ‘suami orang’ apabila did4kwa menjalinkan hubungan dengan aktor, Kodi Rasheed.

Sebelum ini, nama Fify pantas mencVri perhatian ramai apabila dikaitkan sebagai punca perp1sahan aktor, Rashidi Ishak dan bekas isterinya, Vanidah Imran, yang disahkan bercer4i pada Ogos 2018.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by fifyazmi (@fifyazmi)

Namun, Fify menafikan sekeras-kerasnya menjadi orang ketiga, manakala Rashidi pula menganggapnya sebagai rakan sekerja apabila tampil dalam video iklan minyak keluarannya.

Fify atau nama sebenarnya, Nur Afiqah Mohamed Azmi turut mengakui sudah mempunyai kekasih.

Kini, Fify dilihat rapat dengan Kodi selepas bergandingan dalam drama Ryan Aralyn, tahun lalu. Mereka sekali lagi bekerjasama menerusi drama Skuad JPJ arahan Pali Yahya yang menjalani penggambaran di Melaka, baru-baru ini.

Terkejut dengan dakw4an tidak berasas itu, Fify menafikan hubungan rapat dengan Kodi umpama ada udang di sebalik batu.

“Saya tak tahu nak beri reaksi bagaimana terhadap dakw4an ini. Asalkan rapat sahaja keluar kisah dongeng dan skand4l, sedangkan saya rapat dengan semua pelakon.

“Saya belum bVta mata dan hati mahu menjalinkan hubungan dengan suami orang. Kodi sudah berkahwin, tak baik mereka-reka cerita yang tidak betul.

“Lagipun, saya sudah mempunyai kekasih, sudah lima tahun kami menjalinkan hubungan cinta,” katanya kepada BH Online.

Bekas finalis program Dewi Remaja 2014/2015 itu berkata, dia berada di Melaka bagi melunaskan baki penggambaran filem Roh 100 Hari untuk Astro First, sebelum Perintah Kawalan Pergerakan 2.0 dilaksanakan.

“Secara kebetulan, Pali dan pasukan kerjanya berada di Melaka, awal tahun ini. Saya pula berada di sana untuk penggambaran filem R0h 100 Hari.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by ShAzmEeR (@kodi_rasheed)

“Jadi, saya dan pelakon Skuad JPJ seperti Kodi, Fiza Thomas dan Saharul Ridzwan menyambut hari lahir Pali di sebuah restoran. Ada pelakon lain sanggup datang dari Kuala Lumpur untuk meraikan Pali.

“Namun, ada yang salah anggap terhadap saya dan Kodi. Tak baik cur1ga terhadap hubungan rapat kami,” katanya.

Sementara itu, Kodi berkata, dia dan Fify sekadar rakan seperjuangan dalam industri hiburan.

“Saya dan Fify berkawan sahaja. Hubungan kami tiada membabitkan perasaan. Kami jadi rapat kerana sudah dua kali bergandingan bersama.

“Saya akui, kami banyak berkongsi soal kerjaya. Banyak juga yang dikongsikan mengenai pengalaman berlakon.

“Saya, Fify dan Riz Armin juga buat bisnes produk kesihatan bersama. Mungkin disebabkan itulah ada yang menganggap hubungan kami rapat lain macam,” kata yang mendirikan rumah tangga dengan Nor Fatihah Mahad sejak 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata.

 

SUMBER: BH ONLINE

Apa komen anda?