Elvina Mohamed Disvmpah Dan Dicac! Netizen Gara2 Hal Ini

KUALA LUMPUR: Pelakon, Datin Elvina Mohamad tidak mampu menidakkan watak ant4gonis, Ruhila dalam drama Takdir Yang Tertulis memberi impak cukup besar dalam kerjaya selepas lebih tujuh tahun bergelar pelakon.

Sejak disiarkan menerusi menghiasi slot Samarinda, TV3 drama arahan Shahrulezad Mohameddin itu terus menyent4k emosi penonton dan sohor setiap kali bersiaran.

Selain Elvina, drama 15 episod itu dibintangi Nad Zainal, Nazim Othman, Didie Alias, Alvin Chong dan Uchee Fukada. Lakonan Elvina dikatakan membangk1tkan amarah penonton.

Elvina berkata, watak teman baik Juweta lakonan Nad berjaya dilakonkan dengan baik hingga mengundang svmpah ser4nah, n1sta dan cac1an netizen dalam media sosial.

“Watak Ruhila sangat memberi impak dalam kerjaya lakonan saya. Pada satu tahap, saya sendiri tak sanggup nak membaca komen negat1f dalam media sosial.

“Saya dikec4m, malah ada yang betul-betul terbuai emosi dengan karakter jahat Ruhila sampai menyvmpah dan mengharapkan mendapat bal4san setimpal.

“Saya jadi takvt, tetapi dalam erti kata lain, saya puas hati, lakonan saya menjadi. Saya harus berterima kasih kepada pengarah kerana berjaya mengeluarkan sisi berbeza dalam lakonan,” katanya kepada BH Online.

Elvina yang sebelum ini pernah menjadi kebencian menerusi drama Isteri Untuk Diiktiraf berkata, sudah tiga kali menjayakan watak antagonis.

“Kebanyakan watak diterima lebih kepada watak baik dan teraniaya. Sebelum ini, sukar mahu memperoleh watak jahat kerana saya berwajah lembut. Namun, watak antagonis kali ini menguji saya.

“Ruhila membawa sisi wanita yang nampak sopan, lembut dan ibarat pijak semut pun tak m4ti. Watak ini berselindung di sebalik wajah lembut dan muka suci. Watak ini tak perlu jadi jah4t secara terang-terangan. Ada sebab Ruhila jadi begitu,” kongsinya.

Elvina atau nama sebenarnya, Norazlina Mohamad berkata, ini kali kedua berlakon di bawah arahan Shahrulezad dan produksi, Radius One.

“Saya pernah berlakon menerusi drama Mariam Alisa di bawah arahan Shahrulezad, lima tahun lalu. Saya tak fikir dua kali untuk bersetuju menerima tawaran pengarah terkenal ini. Saya terima walaupun skrip belum siap sepenuhnya.

“Siapa yang tak mahu bekerja di bawah arahan Shahrulezad. Idea dan karyanya hebat, selain mendapat sambutan hebat penonton.

“Barisan pelakon pun ‘best’. Kami tak tertekan di lokasi penggambaran, malah jadi lebih akrab. Kami banyak bincang supaya tiada yang tenggel4m. Pengarah mahu semua watak seimbang dan tiada yang cuba ‘bunuh’ pelakon lain,” katanya.

Katanya, dia lebih banyak meluangkan masa bersama suami dan anaknya yang kini berusia dua tahun dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0.

“Suami sibuk dengan perniagaan dan perlu keluar bekerja. Macam saya boleh fokus jaga anak dan perniagaan produk serum, L’Pure Beauty,” katanya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by A Little Lady 🦋 (@elvinamohamad)

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by A Little Lady 🦋 (@elvinamohamad)

Sumber: BH ONLINE

Apa komen anda?