“Berkopiah, Atas Sejadah, Pegang Tasbih Tapi…” -Ini Reaksi Padu Iesya Toh Isu Pengasas Produk Kecantikan

Pengacara Iesya Toh rasa terpanggil untuk menyuarakan rasa kes4lnya terhadap pelbagai isu yang berlaku dalam kalangan masyarakat baru baru ini.

Perkara itu dikongsi Iesya menerusi sebuah video yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya.

“Kita lihat isu yang berlaku hari ini, betapa ia menunjukkan keruntuhan akhlak dan moral masyarakat hari ini.

Imej itu cantik dah, berkopiah, atas sejadah, tangan pegang tasbih, tetapi macam mana pula dia mengajar kanak-kanak lelaki untuk c1um mulut itu menjadi kebiasaan lelaki sesama lelaki?

“Macam mana pun tetap tak boleh diterima akal, tak boleh! Yang dah kahwin tahu lah rasa menc1um pasangan, itu feel lain, itu bukan kasih sayang adik dan abang, takda maknanya!.

“Jadi, kita kena ajar anak-anak kita, c1um mulut dengan anak bukanlah perkara biasa. Kita mula dengan anak-anak daripada mereka kecil, kita mahukan kesempurnaan dan bukan perkara yang tak elok,” katanya.

Selain itu, Iesya juga menyentuh isu pengikut ajaran ses4t yang tul4r baru-baru ini.

“Kita dah berada di penghujung zaman, dah matang, dah matang sekalipun tetap ada dug4an dan g0daan dekat kita sehingga ada antara kita yang terpes0ng, pergi ikut ajaran agama Melayu yang sah tak masuk akal.

“Apa yang kita lakukan hari ini dan banteras hari ini, bukan kerana kita, esok lusa kalau kita m4ti, ada anak cucu cicit, adakah kita nak anak cucu cicit kita ikut perkara yang sal4h di sisi agama?” tambahnya.

Sebelum mengakhiri video tersebut, Iesya sempat menegur pengasas produk kecantikan yang sanggup mengh1na orang lain untuk tujuan promosi pihak sendiri.

“Kita harus banteras hari ini, begitu juga isu produk-produk yang baru keluar. Tak perlu nak mengh1na warna kulit orang lain untuk kita buat produk kita.

Kalau kita taknak ikut peredaran zaman yang semakin hebat 2021 ini, kita ingat kita tetap orang Islam, berhati-hati dalam percakapan dan pertuturan kita,” katanya lagi.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Iesya Toh (@iesya_toh)

Sumber: GEMPAK

Apa komen anda?