“Saya Akui Pernah Rasa Amat Menyes4l Berkahwin Dengan Aeril” – Wawa Zainal

Pelakon Wawa Zainal mendedahkan dia pernah rasa menyes4l mengahwini Aeri Zafrel pada sembilan tahun lalu.

Menurut Wawa dia terkilan kerana berkahwin ketika popularitinya sedang memuncak.

“Masa perkahwinan kami sedang diuji, memang saya akui pernah rasa amat menyes4l berkahwin dengan Aeril ketika itu.

“Bayangkan saya berkahwin ketika sedang popular dan cinta itu buta kerana saya ambil keputusan untuk berkahwin.

“Saya menyes4l kerana tidak dapat meneruskan kerjaya seni saya dan hidup mewah seperti yang saya impikan,” katanya.

Wawa berkongsi perkara tersebut dalam satu temu bual dalam Instagram (IG) Live bersama Datuk Prof Dr Muhaya Mohamad.

Namun Wawa akui bersyukur Aeril tetap sabar bersama dan membimbingnya menjadi muslimah sejati.

“Kalau Aeril tak sabar mungkin kami tak bersama lagi seperti sekarang. Tapi disebabkan sikap kesabaran dia yang telah membuat kan saya kagum.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by AERIL ZAFREL (@aeril_zafrel)

“Saya mula bertudung selepas berkahwin kerana Aeril tak benarkan saya keluar jika tidak menutup aurat.

“Ketika itu rasa amat terbeb4n dan terpaksa namum lama-lama saya mula terima dan berubah sedikit demi sedikit,” kongsinya.

Dalam pada itu, Wawa sempat berkongsi rahsia kebahagian dan rezeki rumah tangganya bertambah.

“Kalau dia ada buat silap dan dia tak mintak maaf sekalipun, saya akan niat dalam hati dah maafkan dia.

“Saya tak mahua da rasa dendam dalam hati kerana ia akan membuatkan rezeki kami tersek4t. Begitu juga dengan dia kami saling berbincang,” tambahnya.

Aeril dan Wawa yang berkahwin pada tahun 2012 itu telah dikurniakan tiga orang cahaya mata.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Datuk Prof Dr Muhaya Mohamad (@profmuhayaofficial)

SUMBER: GEMPAK

Apa komen anda?