“Saya Amat Perlukan Vaksln”- Janna Nick

Pelakon Janna Nick mengakui tidak sanggup lagi untuk melalui proses uj1an cal1tan atau swab test hampir setiap minggu di atas tanggungjawab sebelum memulakan kerja.

Kata Janna dia amat memerlukan vaks1n supaya dia dilindungi dari Cov1d-19 dan tidak perlu melalui proses tersebut.

“Saya amat perlukan vaks1n. Saya tidak boleh teruskan begini. Seminggu sekali kena swab test.

Setiap kali masuk new set kena swab test. Setiap kali masuk new tv program kena swab test.

Setiap kali kena masuk new building kena swab test.

“Saya faham, ini sahaja lah cara untuk kita pastikan semua berada di dalam keadaan selamat. Saya cuma berharap vaks1n itu dapat membantu dan kita semua boleh kembali ke kehidupan normal,” katanya.

Janna berkongsi luahan rasanya di akaun Instagram (IG) miliknya.

Menerusi entri tersebut Janna memuat naik rakaman video yang menunjukkan ujian itu sedang dijalankan ke atasnya.

Dalam pada itu Janna turut tidak melepaskan peluang untuk mengucapkan Selamat Hari Wanita Sedunia yang jatvh semalam.

“Tidak lupa, Selamat Hari Wanita! Marilah lah kita berbaik kepada satu sama lain dan berhenti untuk menceburui sesiapa dan hentikan kebencian.

“Tidak perlu rasa tidak selamat. Kita semua adalah insan yang cantik, bijak dan berjaya dengan cara kita sendiri,” ucapnya.

Swab test merupakan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh FINAS sebelum kru dan pelakon menjalani sebarang penggambaran lakonan atau program televisyen.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Janna Nick (@jannanick)

SUMBER: GEMPAK

Apa komen anda?