Neelofa Bakal Tamatkan Zaman Bujang, Posting Terbaru Neelofa Buat Netizen Teruja

Kini, Neelofa pula memuat naik tiga story dan posting yang sama dengan meletakkan tiga petikan doa agar Tuhan melapangkan hati dan mempermudah urusannya serta memohon peminat mendoakan untuk dirinya.

Media sosial kecoh dengan desas-desus tentang usahawan terkenal, Neelofa bakal menamatkan zaman bujangnya tidak lama lagi.

Mengukuhkan spekulasi ini lagi apabila akaun Instagram peminat pasangan tersebut, @lofa.haris dan @neelofaharrisofficial memberi ‘hint’ beberapa kali berkongsi foto dengan kapsyen; “Jom kita hitung hari. Rasa-rasa berapa hari lagi?”.

Malah, tersebar juga sekeping gambar yang memaparkan Haris berada di sebuah kedai songket bersama seorang lelaki yang dipercayai ahli keluarga Neelofa. Foto itu juga membuatkan netizen andaian Haris sedang membuat persiapan hari bahagianya.

Kini, Neelofa pula memuat naik tiga story dan posting yang sama dengan meletakkan tiga petikan doa agar Tuhan melapangkan hati dan mempermudah urusannya serta memohon peminat mendoakan untuk dirinya.

Permintaan Neelofa itu disambut baik rakan artis dan peminatnya yang turut mengaminkan doa yang dikongsikan.

Malah, ada juga yang meluahkan rasa tidak sabar menanti hari pernikahannya yang mungkin akan berlangsung pada hujung minggu ini sama ada jumaat atau Sabtu.

 

Apa pun di sebalik permintaan Neelofa, kami doakan supaya semua perkara dipermudahkan. Jangan risau, benda baik Allah pasti tolong.

Sumber : koolfm via trendingkini

Apa komen anda?