Habis Kertas Terakhir SPM, Ini Yang Mereka Buat Di Tanah Perkubvran Buat Ramai Terkedu

Setiap pelajar ada cara tersendiri dalam meraikan ‘kebeb4san’ mereka selepas menamatkan alam persekolahan.

Namun, lain pula cerita sekumpulan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sebuah sekolah di Seri Iskandar, Perak ini apabila mereka sepakat untuk ke tanah perkvburan pada Isnin pagi.

Menurut Mohamad Zaim Mohd Tajudin, 18, dia bersama rakan-rakan yang lain sudah berjanji untuk menziarahi pus4ra arw4h rakan mereka di Tanah Perkvburan Felcra Nasaruddin, yang men1nggal dvnia dua tahun lalu.

“Kertas peperiksaan Subjek Landskap Dan Nurseri berakhir pada 10.30 pagi Isnin. Saya dan rakan-rakan, lebih 20 orang, kami dah berjanji sejak dua minggu lepas.

“Habis je last paper, kami bersalaman dengan cikgu dan terus pergi untuk menziarahi kubvr dan baca surah Yassin,” katanya.

Menurut anak bongsu daripada tiga beradik itu, biarpun sudah lama berlalu, dia masih ingat dengan jelas saat menerima berita dvka mengenai sahabat yang dikenali sebagai Hadi itu.

Malah kata Zaim, dia juga sehingga kini tidak mengetahui dengan jelas punca kem4tian mengejvt rakannya yang sudah lama dikenali itu.

“Saya pun tak tahu punca. Arw4h men1nggal pada tahun 2018. Dia ditemui dalam sebuah ladang. Saya pun terkejut dan memang tak sangka.

“Masa tu saya tengah main futsal. Kemudian perasan dia tak ada. Tak lama kemudian ada orang datang maklumkan yang dia ditemui men1nggal dvnia.

“Memang kami semua berhenti main futsal masa tu, men4ngis sebab terkejut. Biasanya arw4h pun selalu main futsal dan akan menjadi penjaga gol,” imbas remaja itu lagi.

Menurut Zaim yang sudah tiga minggu bekerja sambilan di sebuah kedai cendol, arw4h sering diingati kerana sikapnya yang ringan tulang.

“Dulu masa sekolah rendah saya sama kelas dengan arwah. Sekolah menangah kami belajar di kelas berbeza.

“Banyak kenangan, tapi saya paling ingat sebab dia rajin tolong orang. Dia banyak tolong kawan-kawan.

Zaim dan rakan-rakannya menduduki peperiksaan Subjek Landskap Dan Nurseri yang berakhir 10.30 pagi Isnin.

“Sampai tahap dia pernah tolong cuci motor,” imbasnya.

Menurut Zaim, idea untuk ke kubur itu sama-sama tercetus hasil perbincangan dengan rakan-rakan yang terdiri daripada pelajar dua kelas berbeza iaitu kelas Landskap dan Seni Reka Tanda

Malah, mereka sempat membersihkan kvbur all4hyarham dalam kunjungan itu.

Jelas Zaim lagi, dia juga tidak memiliki gambar kenangan bersama kerana tidak menyangka rakannya itu akan pergi secepat ini.

Sumber :Mstar

Apa komen anda?